Zikrulllah, jadikan ia amalan


Kak-M terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara satu yang menarik ini setelah melihat kepada gambar yang di taq ke kak-M di FB (http://www.facebook.com/pages/Dakwah-kerana-Allah/302382429802332) hari ini. 

Kebanyakan orang selalu memberi alasan bila berkait dengan ibadah. Sedangkan ibadah itu boleh berlaku di mana sahaja. Seperti apa yang tertera pada gambar di atas, setiap masa kita boleh berzikir. Cuba kita fikir kembali dalam sehari berapa kali kita berzikir mengingati Allah. Apakah cukup dengan 5 kali ketika berdoa selepas solat Fardu.

Kalau kak-M, biasanya kak-M akan berzikir ketika masak, basuh kain dan sereka baju. Kenapa tidak kan? Tak perlukan tenaga pun untuk mengingati Allah malah tak perlukan duit pun. Jika kita jadikan amalan setiap kali kita mengejarkan rutin harian, secara automatik bibir akan berkumat kami berzikir memuji kebesaran Ilahi. Allahu Akhbar, Subhanallah, Alhamdulillah, La ilahailllah.

Hmm amacam? Boleh saja kan. jom zikrullah.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick