Akhirnya Marathon ini tamat sudah ...yeay!

Woot!Woot! Salam Ramadhan ke-8. Senyum selalu ya. Kak-M waktu ni dok galak nonton night movie, sambil layan fb dan blog. Hah! Betapa 'multitasking' nya orang perempuan ni kan? Banyak kerja boleh buat dalam satu masa. Sekarang saja dah jam 12.30 malam, seisi rumah dah tidor lena dibuai mimpi, akak jer yang masih berjaga..heee, syok juga dalam kesunyian malam begini, mengisi ruang untuk diri sendiri. Dari pagi sampai malam 'lappy' diguna anak bujang. Sungguh leka dia dok melayan 'online game' dia tu. Kalau dilarang nanti dok minta nak berbuka pula kan. Aisey! Bukan senang nak 'tacle' jiwa anak-anak ni. Mujur tadi Daddy dah 'warning' suruh siapkan homework. Jadi sempat lah akak guna kejap untuk FB dan blogwalking.

Kalau di rumah mertua macam ni, kak-M memang tak masak sangat. Paling lekeh pun akak goreng nasi je untuk anak bujang tu. Biasanya bonda mertua dan suami akak akan ke Pasar Ramadhan beli juadah. Al-Maklum rumah bonda mertua ni tak 'welcome' sangat untuk masak memasak ni. Tak per lah boleh juga akak rehat-rehat dihujung minggu ni.

Okeh, sekarang tiba masanya kak-M nak menyiapkan tugasan terakhir bagi melengkan GA bersama Shahriah Abdullah, alah, novelis jelitawan ittew!


Jawapan Soalan  :26


shashasuka.blogspot.com, merupakan sebuah blog yang mengumpulkan kisah hobi dan koleksi pemilik blog tersebut iaitu Shahriah Abdullah. Memang seronok dapat menyelami minat novelis jelita ini. Antara koleksi dan hobi yang beliau kongsi bersama blogger-bloger dan peminat beliau ialah tantang produk kecantikan serta amalan kecantikan yang beliau amalkan.Selain dari hobi beliau dalam dunia masakan Shahriah juga adalah peminat handbag dan kasut. Nan tahu koleksi handbag dan kasut milik beliau kenalah jengah blognya.

Kepada peminat alatan dapur juga boleh sahaja jengah di Blog ini. Ada sahaja barangan dapur yang beliau kongsikan bersama. Jangan tak percaya Novelis jelita ingin punya banyak petua kecantikan yang dikongsi bersama dari blog beliau http://shashasuka.blogspot.com/. jadi jom ke sana.

Jawapan Soalan  :27

Ketika berada di sebuah kedai buku di Shah Alam, kak-M terpandang sebuah novel baru 'Kerana Sebiji Epal' karya Shahriah Abdullah. Ya, memang benar itulah Shahriah Abdullah, salah seorang finalis program MasterChef Malaysia yang pertama. Sinopsis ceritanya cukup membuatkan pembaca terpanggil untuk mendapatkan novel ini. Memang cantik bahasa dan garapan yang di gunakan di dalam karya beliau ini.

Hasil pencarian kak-M, terdapat beberapa kali novel beliau yang telah pun bertapak di pasaran lebih awal seperti, Untukmu Yuna, Secaliot Sayang dan Kau tercipta Untukku.

Di dalam diam Shahriah Abdullah juga punya sebuah blog yang mencatitkan aktiviti belias sebagai novelis. Blog Novel Karya Shahriah boleh dicapai di http://shahriahnovelis.blogspot.com/. Novelis jelita yang cukup ceria dan peramah ini banyak mencoretkan kisah perjuangan beliau sebagai seorang novelis di sini. Terkini, beliau ditemubual oleh sebuah stesen Radio mengenaikan karya terkini beliau. Shahriah juga ada berkongsi kisah bagaimana belia didatangi idea untuk menghasilkan sebuah penulisan dan karya yang baik. Peminat-peminat novel yang ingin memca sinopsis semua karya beliau boleh saja melawat beliau do blog Novel Karya Shahriah.


Jawapan Soalan  :28


Kebelakangan ini memang banyak sekali kemunculan Blog Masakan  sepertinya cendawan tumbuh selepas hujan. Beberapa minggu lepas kak-M ketemu dengan sebuah lagi blog masakan yang tidak kurang hebatnya.    Blog masakan kali ini adalah milik wanita ceria, Shahriah Abdullah, tentu ramai yang leih mengenali beliasu sebagai novelis dan finalis akhir MasterChef Malaysia yang pertama.

Pertama kali mengunjungi blog ini, tidak terduga bahawa beliau adalah seorang novelis terkenal. Blog ini semestinya mengetengahkan Shahriah Abdullah sebagai chef. Hasil masakan dan menu yang dipaparkan melalui blog ini sajak menjadikan beliau sebagai antara finalis program MasterChef tersebut.

Resepi yang dokongsi adalah merangkumi, pencuci mulut, resepi makanan barat, pelbagai jenis rendang, aneka sayuran serta pelbagai jenis mee dan makanan berkuah. Shahriah juga tidak lokek berkongsi tip-tip di dapur dengan peminat dan blogger semua. Jadi sesiapa yang berminat boleh saja kunjungi blog beliau di http://shahriahnovelisresipe.blogspot.com/


Jawapan Soalan  :29

Sambil blogwalking memalam ni akak tersinggah ke suatu blog yang sangat menarik. Trully Me merupakan sebuah blog ini milik Shahriah Abdullah. Hmmm! Tentu dah kenal kan? Siapa lagi kalau bukan Peserta akhir MasterChef Malaysia yang pertama tu, yer beliau juga adalah seorang novelis okeh. Trully Me adalah blog yang mengisahkan kehidupan  harian Shahriah. Kisah aktiviti, kisah keluarga dan kehidupannya. Dengan coretan yang sangat bersahaja memang terleka membaca blog ni sampaikan hari-hari menunggu sahaja entry baru dari blog ini. Setiap paparan yang di kongsi oleh novelis ini sangat menghiburkan. Kak-M pasti Shahriah punya karakter yang menarik. Dengan raut wajah yang manis, beliau adalah seorang yang beramah dan ceria. Ini dapat dipastikan melalui hasil penulisannya di dalam blog beliau. Jadi sesiapa yang berminat untuk mengenali penulis ini dengan lebih dekat boleh saja klik pada link ini http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/ .



Sebagai salah seorang peserta Kuiz GA yang masih sedang berlangsung ini Kak-M secara langsung join blog Shahriah Abdullah. Nak lebih senang agar tidak tertinggal cerita menarik darinya letak sahaja dalam bloglist kita. Kan senang! Dan tentu kalian akan tertatrik dengan moto GA beliau

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blog Kita Semua, Ya, Giteew!'

Untuk update terkini boleh jer visit blog beliau di http://heartofshahriahnovelis.blogspot.com/

Jawapan Soalan  30: 

Jauh perjalanan, luas pemandangan betul tak? Memang tak disangkal lagi, pepatan Melayu itu memang ada benarnya. Macam kak-M yang memang suka berjalan ni, memang lah luas pemandangan dan juga luas pengalam. Mana nak dapat cari pengalaman terindah melawat tempat orang kan. Itu semua memori terindah. Kak-M pernah menetap di ENgland selama lebih 4 tahun dan selama itu sudah banyak negara yang kak-M lawati termasuklah beberapa negara Eropah. Sungguh kak-M cakap ianya adalah pengalaman dan kenangan yang sangat berharga.

Begitu jua kiranya dengan insan bernama Shahriah Abdullah. Beliau akan mengabadi semua kenangan perjalanan dan pengembaraan beliau di dalam Blog miliknya 'Travel and Adventure Fun and Best Makan Sakan'


Shahriah yang juga novelis ini adalah antara finalis MasterChef pertama Malaysia. Kak-M masih ingat ketika itu dia sedang berhadapan dengan juri untuk menilai hasil masakannya. Sungguh manis orangnya.

Travel and Adventure Fun and Best Makan Sakan' adalah antara satu dari 5 blog milik beliau. Didalamnya tercoret semua aktiviti percutian Shahriah dah keluarga. Memang seronok membacanya, apalagi kalau ianya adalah sebuah percutian bajet, tapi menarik! Jimat belanja, janji puas hati. Heh! kak-M memang setuju sangat dengan kaedah percutian bajet ni. Apatah lagi kalau bersama keluarga yang ramai.


****
Begitulah kiranya jawatan kepada soalan-soalan tugasan untuk peserta GA Shahriah Abdullah dengan slogan
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blog Kita Semua, Ya! Giteew!.'

Terasa macam karangan SPM sudah...hehehehheeh

Comments

As'kum Kak Selamat malam.. waduhh keless gitu gambar dulu kala hahha... berbuka apa hari ni kak? mesti sedapkan.. sha baru aje balik dari rumah mertua marathon berbuka ramai2 seronok..:)
emma marini said…
Selamat malam juga, ini kes nak buat karangan lah ni, tidur lewat malam ni, Kak Shahriah kena datang semula lihat new updates untuk karangan. Berbuka nasi goreng jer kita, ringkas dan mudah semua boleh makan, :)

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick