Followers

Monday, July 9, 2012

Tart Nenas yang Sangat Sedap

Lama dah kak-M nak konsi satu perkara ni. Kisah Tart Nenas kegemaran kak-M. Kak-M percara masih ramai diluar sana nun yang sukan akan kuih yang evergreen ni. Kalau dulu kak-M memang akan buat kuih tart nenas ni setiap kali hari raya Sehinggalah kini sahabat karib kak-M yang tinggal di London tu masih dok tanya samada kak-M still buat tart nenas ni. Katanya tart nenas kak-M memang terbaik, iyo ler tu..hehhehe.

Tapi apa yang kak-M nak cerita hari ni bukalah tentang tart nenas buatan kak-M. Tart nenas kali ni kak-M beli, tapi memang sedap. Tatau ler kalau hanya sedap di tekak kak-M tapi memang kak-M dok ulang beli tart nenas ni lama dah. Sampaikan tokeh kedai pun cam cam minah ni asik dtg beli barang yang sama, ngeh ngeh ngeh.


Harganya pada kak-M sedikit mahal lah, Satu bekas ni RM12.00. Tapi sebabkan rasanya yang enak, memanglah berbaloi-baloi. Suaminya kak-M yang juga peminat setia kuih tart nenas pun suka akan keluaran ini. Kak-M beli di Petronas Seksyen 7 Shah Alam, Just next to Unisel tu. Yang ini kak-M bawa sebekas buat kudap kudap di kala boring di office. Kekadang tu ada kawan office bertandang jadi kak-M jamu mereka makan ni.


Okeh, sapa yang nak rasa nak cuba boleh saja dapatnya di Petronas Seksyen 7 Shah Alam. Petronas lain tu akak tak pasti pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...