Sayur Campur

Setiap hidangan kita seharian mestilah lengkap dengan segala khasiat untuk membolehkan badan mendapat cukup nutrisi. Makan dengan itu kena pastikan, ada karbohidrat, ada protein, ada sayuran, ada serat dan vitamin juga..eeheh, sila maklum akak bukan pakar nutrisi yer tapi sekadar perkara-perkara asas ni memang kena khatam la kan. satu hal lagi nak meatih anak-anak untuk makan sayuran memang sesuatu yang sangat mencabar. Abang Danish masa di Manchester dulu memang suka sangat makan Carrot, ratah gitu jer. Tapi sekarang sehelai kobis yang kenit tu pun dia akan nampak dan kais ke tepi. Jadi Mak bapa ni kena  dok pikiaq macam mana nak bagi depa makan sayuran.

Ada kaedah sorok di bawan timubunan nasi, tapi bila dia rasa benda tu sayur dia secara automatik akan keluarkan..Ha kan!, Ada juga kaedah potong kecik kecik supaya payah dia yang kelas-kelas, kalau gitu dia nampak ada sikit-sikit langsung lah dia tak jamah. Jadi kena pikirkan untuk menjadikan ianya suatu menu kegemaran mereka melalui rasa yang enak. Kak-M dah kenal pasti anak-anak kak-M lebih menggemari sup, Jadi kak-M buatkan sup sayur. Kunun-kunun depa suka lah. 


Sup sayur hari ini ialah sup sayur campur, dalam tu kak-M letak kacang panjang, kobis dan carrot yang dipotong kecil kecil serta bebola ikan yang dibahagi dua. Masa makan tu kak-M sambil sembang-sembang cakap ini adalah makanan berkhadiat untuk keseihatan kita. Kalau makan ni nanti jadi sihat dan kuat. Memang muka berkerut dah nampak menda-menda hijau tu..hahahhah, Yang hijau tu mummy makan, tak per, yang putih kobis tu bagi depa makan. Dan Alhamdulillah sikit-sikit depa makan juga. Dan paling bagus bila nsi tu berendam dengan sup sayur tu.Hah...sedap jer depa telan. Elok juga kalau potong sayuran tu lebih kecil senang nak suap depa.


Warna juga memainkan peranan dalam masakan. Warna yang menarik mendatangkan keinginan untuk makan, bukan sahaja pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Jadi warna warnikanlah masakan kita. Untuk sup sayur campur ni boleh saja layan resepi tak seberapa di bawah ini.

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih di ketuk ketuk sahaja
sayur kobis di potong-potong kecil
kacang panjang di potong seincin-seinci
Lobak merah di potong kecil kecil
1 cube stok ayam atau bilis
Minyak untuk menumis
Beberapa biji bebola ikan

Cara-Cara:
Panaskan minyak dan tumis kan bawang puting sehingga naik bau, bancuhkan cube stok ayam/bilis dalam secawan air dan tuang dalam kuali tadi, akhirnya masukkan kesemua bahan-bahan sayuran dan bebolah ikan kedalam kuali. Biarkan seketika sehingga mendidih sedikit sambil gaul rata. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick