Followers

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Balik tadi, masuk jer Federal Highway, waaaaa! Jem sudah. Aiseyyy ini musti ramai yang bekejar pulang ke kampung untuk meraikan awal Ramadhan bersama keluarga tercinta. Masa tu kak-M dalam perjalanan nak pick-up Danish from school. Masa tu baru jam 5.30 petang. Memang sedikit terlewat sebab meeting kak-M tadi habis lewat.


Sebenarnya tak der jauh pun dari seksyen 7 nak ke syeksyen 13 tu, tapi disebabkan kesesakan macam ni dalam 30 minit jugalah baru kak-M sampai sekolah. Macam biasa, Danish memang akan kelaparan sebaik jer nampak muka mak dia..hahahah, tiap tiap hari macam tu, biasanya kak-M akak sediakan roti cream dalam kereta buat kudapan sebelum dapat healthy meal kat rumah. Tapi hari ni memang akak tak sempat nak beli tu semua, lagipun kak-M dah tapau Nasi Beriani yang sangat sedap lebihan makan tengahri masa meeting tadi.

Hari ni juga kitaorang akan terus balik Klang sebab memang dah tradisi awal ramadhan akan berlaku di Kampung laman, hehehe kat Klang jer pung. Macam ler jauh sangat kan. Balik jer rumah Danish terus mandi, Ahmad dan Nuha dok main macam biasa. Habis mandi dia makan sementara kak-M siap-siap barang untuk balik Klang.

Dah sampai Klang tudia, bonda merua dah sediakan makanan penuh meja untuk menantu dancucu-cucunya. Heee. wehh kitaorang dah kenyang ni, camno ni ha? Jamah ler juga sesikit kan sebagai menghargai orang dah susah susah sedaikan untuk kita.

Semperna kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Kak-M sekeluarga mohon ampung dari teman-teman semua. Kami juga mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan mudahan ramadhan kali ini penuh dengan amal ibadah.

Sayang sayang, Kak-M.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...