Followers

Sunday, July 8, 2012

Majlis pernikahan Ella, Ratu Rock Malaysia

Pertama sekali kak-M nak ucapkan terima kasih kepada teman yang sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis pernikahan Norzila Aminudin atau Ella, Ratu Rock Malaysia tu pada 7-7-2012 selepas isyak. Kak-M sekeluarga merasa saya sangat berbesar hati menerima jemputan ini. Hubby kak-M ke Seremban  ada kursus penerbitan, maka kak-M , SIL dan anak -anak jer yang menghadiri majlis ini.


Masa kitaroang sampai ni jam 9.00 malam macam tu, mujur adik ipar kak-M ni cekap jalan-jalan kat Telok Gadong ni, yerlah tempat permainan dia kecik-kecik dulu jadi kami dapat parking dekat jer dengan khemah kenduri. Kak-M memang teruja dengan khemah pengantin ni, lutsinar gitu dan kain organza, sungguh klasik, ekslusif dan menarik sangat.


Khemah yang bahagian dalam pagar tu adalah untuk tetamu dari pihak lelaki. Memang meriah lah majlis yang serba ringkas ini. Dikhabarkan Ella sepatutnya menikah di masjid tetapi masjid dikampungnya itu masih dalam pengubahsuaian jadi ibu Ella  mahukan majlis diadakan dirumah ibunya di Telok Gadong, Klang.


 Nak dijadikan cerita, tetiba boleh blackout pula, almaklumlah banyak sangat kuasa lektrik digunakan, sana sini sinun, overload gitu. Ada cendol dan ABC juga. Si nuha masam jer sebab tak dapat makan ABC cemana nak mesin ais bila lektrik tak der kan..heee.


Weh ayam golek lagi. Haahhaha suka Nuha, katanya macam ayam golek yang tokwan beli tu.Heee, tapi rasanya agak kureng lah sikit. Menu malam ni adalah ihsan dari Restoran Belanga Seksyen 7 Shah Alam, Datin Zahilah empunya restoran tu. Best juga lauk pauknya.


Macam nilah keadaannya bila tak der elektrik kan. Memang sepanjang masa kena bawa gadjet ni. Penyelamat di kala emergency macam ni.heeee


Alhamdulilah, kak-M dapat masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Inilah bilik pengantin, sweet jer serba ringkas. I like!


Kat sinilah kak-M dan anak-anak lepak sambil sembang-sembang dengan sedara-sedara Ella. Tapi kami terpaksa bergegas keluar bila Press Conference nak buat kat ruang ni..Iskkk depa ni sesaja jer kan...


Alhadulillah telah selesai semuanya. Azhar melakukan solat syukur sejurus selepas akad nikah. Masa ni Ella masih di ruang utama. Azhar suami Ella ni adalah juruterbang Firefly.



Inilah ruang tempat Ella  dinikahkan. Macam taman jer, so sweet. Masa acara akad nikah tu jangan harap la nak dapat masuk. Penuh dengan wartawan, segala kompani TV semua ada.


Tatau lah pasukan muzik ni dari mana. Kak-M lepak kat luar rumah sambil dengar iringan muzik tradisional dimainkan. Sungguh syahdu. Best lah depa ni. Pastu ada jemputan nyanyi-nyanyi tapi akak tak kenal pun sapa yang nyanyi. Gambar pun amik dari belakang. Almaklum aku dengan dok kelek anak kecik lagi kan. Inilah hasil dari camera cap ayam akak..heee.


Tu dia yang kat luar pagar pun buleh tahan juga ramainya. Masing-masing tak nak ketinggalan menyasikan majlis pernikahan Ella ni.


Inilah bunga telur buat tetamu. Comel kan!


Akhirnya dapat juga budak ni makan ABC heeee. kemain suka dia. Gambar Ella memang kak-M tak berpeluang nak shoot. Nantikan entry seterusnya dari kamera adik ipar kak-M. Tahniah buat Ella dan Azhar semoga bahagia ke anak cucu.

3 comments:

SABARINA said...

huih gi gak ketanduri ella ekk,,,kitorang takdan nk gi sebab byk jempotan len, lgpon dengor semalam letrik takde so lepak umah je

Emma said...

hj azan suh pi juga, aku macam tak larat jer nak pi, dia kata jemput kami ja, geng geng lain maaf ler nanti kat picc baru dia panggil semua....macam berrsalah plak kan jadi pegilah juga..mujur budak budak tak meragam

Emma said...

Bukan tak der lektrik daaa, tapi tak cukup power sebab banyak sangat peralatan digunakan, dengan band muzik, dengan set karoke dengan peralatan TV media segala, lampu tok sah kiranya..tapi kejap jer, then majlis berjalan dengan lancar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...