Followers

Saturday, July 21, 2012

Membazir itu amalan syaitan....

Salam sahur buat semua, hari kedua dah masuk. Kali ni Abang Danish nampaknya lebih mudah bangun. Opppss! Daddy pun ada sama, semalam kena sound baik punya dengan mak dia, hari ni terus bangun sahur, Esok balik Shah Alam, harapan ler nak bersahur. Sarah Nuha memang goodbuy la, langsung tak bangun. Hiks...

Masa kak-M bangun tu, subhanallah, punyalah banyak lauk mertua sedang panaskan. Katanya orang bagi. Tanya dia, iskkk sapa nak makan ni. Katanya, tak kisah ler tak der orang makan humban jer lah sebab simpan sampai esok pun kalau panaskan tak der sapa dah selera nak makan.


Jadi berpadalah lah yer jangan sampai jadi membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Kalau di Bosnia,  Somalia dan Afrika sana, sampai tahap mengutip dari tanah makanan depa, kita di sini terbuang-buang. Itu sebenarnya pedoman berpuasa. Menahan diri dari lapar dan dahaga. Mengenangkan nasib mereka yang susah dan tak punya kehidupan yang sempurna. Maka kena banyak bertafakur, berzikir mensyukuri nikmat Allah. Allahu Akhbar!

Elakkan pembazirah dan perbanyakan sedekah dibulan yang mulia ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...