Mee Kari Hujung Minggu

Buat apa weh hujung minggu ni. Kak-M santai santai jer kat rumah. Malam tadi lewat tidur, keletihan pulang dari majlis Ella nikah di Telok GAdong. Hadoii udah macam merewang sama kak-M ni. Dah pagi ni semuanya liat nak bangun pagi.

Kak-M menerima kunjungan adik tercinta dari Ampang. Depa mai jalan-jalan shah alam. Lama sungguh tak jumpa budak Ulya anak buah kesayangan kak-M nih. Dah besar pun dia, dah boleh gaduh dengan Ahmad. heeee.Bagi meraikan kedatangan mereka ni kak-m dah niat nak masak Mee Kari hujung minggu ni. Maka pepagi lagi dah kak-M ke kedai pak haji.

Bila ke pasar pepagi ni memang macam-macam ada. Sebelum ni kalau masak mee kari memang jarang akak masukkan kerang sebab susah juga nak dapat kerang di sini. Tapi pagi ni ada jadi akak belilah sikit buat lauk dalam kari tu. Macam biasa kak-M akan letakkan ayam yang dipotong kecil-kecil serta sotong.



Dalam pukul 9 pagi dah kak-M mula bersilat di dapur. Hmmm memang tungkus lumus ler juga. Mujur lepas balik dari pasar anak-anak semua dah siap mandi. Terima kasih banyak-banyak ke[ada adik ipar yang banyak membantu dengan bantuan dia mudah kerja kak-M ni. Tak lah banyak sangat kak-M masak kali ni. Untuk makan keluarga jer.

Resepi mee kari ni kak-M ikut resepi Chef Hanieliza. Memang mee kari utara lah kiranya. Macam biasa akak menggunakan rempah kari daging dari Baba's dan kak-m letakkan serai dalam bancuhan bahan kisar. jadi rasanya lebih istimewa. Kak-M gunakan 3 peket kari daging saiz kecil. Dimesin bersama 3 ulas bawang putih, 2 batang serai, seinci halia dan sebiji bawang besar. Macam biasa menumis masakan kari ni perlu ada kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga dan tidak dilupakan daun kari. Kak-M gunakan secawan santan dan dua cawan air. Garam dan gula secukup rasa. Kak-M tak letakkan asam dalam kari ini tapi kak-M sediakan limau kasturi untuk diperah dalam mangkuk mee jika mahu. Yang lain-lain sebagai pelengkap boleh taburkan daun bawang, daun sup, cili merah potong, telur rebus dan bawang goreng. Woow!...memang best!


Alhamdulillah, adik ipar pula bawakan roti jala sebagai buah tangan. Memanglah rezeki kita hari ni. Kemain suka Sarah Nuha dapat makan roti jala, memang kesukaan dia. Kak-M hidangkan juga kek lapis sawarak pemberian sahabat dari Sarawak.


Suka sangat bila dapat menjamu tetamu makan. Nampaknya mereka suka benar dengan mee kari hari ni. InsyaAllah lain hari kita buat lain yer. Selamat menjamu selera!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick