Followers

Saturday, July 14, 2012

MAjlis Perkahwinan Mohd Khairi Zakaria dan Nurzatil Iman Episod 3

Huhuuu, kira episod terakhir lah yer, hehehhe dahsyat sampai tiga Episod nak nulis kes kahwin ni. Majlisnya cuma sehari jer. Apa boleh buat...kekangan masa kan. Akak bukan penulis blog sepenuh masa, separuh pun idak, suku masa ada kot.hehehhe.

Okey meh tengok apa pula cerita-cerita dalam dewan. Perarakan masuk ke dewan di iringi oleh kompang berserta solawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sama cantik sama padan

Jalan slow slow takut tertomoih, jadi sejarah seumoq hidup

Ni lah geng geng kompang tah dari persatuan apa, tak brapa jelas MC tu cakap

Perarakan masuk tetamu-tetamu kehormat...phewwwwit!

Yang sandang beg merah tu sure photograper rasmi, hampes betui.

Rehat-rehat dulu tunggu depa baca doa makan

Anak kecik aku tuh demam plak..ishkk hari ler la hang nak demam adik oii

Budak mesir ni balik mai cuti tiga bulan..peace!
 Serius makanan memang sedap, katanya Katerer Masakan Johor, laki aku siap amik brochure katerer tu. Memang sedap. Macam-macam lauk ada nih. Lembu, kambing, ayam, ikan, udang. Paling best samabal bilis kering tu..Aisey lama tak dapat tu. Tapi untuk tetamu depa jamu kami yang kehormat ni tak dak pun. Lemak pisang pun ada hadoiiii la mau melompat mesin penimbang ahkak dik nun

Baca doa selamat dan doa makan
 Susunatur pun menarik sangat. Tetamu dapat menikmati juadah dengan begitu selesa diiringi alunan music yang sungguh mententeramkan.

Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

Ha..hampa tau nama apa music ni, best woi, depa dok main musik ni sampai habis majlis

Kusyuk makcik nengok pencak silat

Adik-adik pengantin lelaki

Ramai jugalah tetamu yang hadir,,erk ada pilot and wife di situ.

Tok besen pompuan

Tok besen lelaki

Ada orang tu kan dapat makan kat meja pengantin...

Huishhh besaqnya udang! satu, dua , tiga..bla bla, hmmm 6 ekoq semunya.

Acara minum ayaq sirap

Tinggi sungguh kek depa.
Begitulah kiranya kisah dua merpati sejoli ni. Kak-M sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Atan dan Zatil. Ingat lagi masa dia kecik-kecik dulu lah kak-M dok timamg tiap tiap minggu. La ni dah menikah pun dia. Semoga menjadi suami isteri yang soleh dan solehah. Jangan lupa jasa mak bapa ya..

4 comments:

effa farhana said...

kak emma... cantik la gambar2 dia.. clear n xkabur... thumb up.. ^_^

SABARINA said...

wakakakak...merasa la hang dok makan ngan pengantin,

Emma said...

Effa: kakak guna camera cap ayam ja tuh...heeee

Emma said...

Sabarina: aku punya la syiok bila sham bagi ijin dok meja pengantin tu... wakakakakka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...