Followers

Friday, July 20, 2012

Kisah Sahur Pertama

Mesti semuanya punya kisah kisah menarik melayan karenah anak berpuasa hari pertama. Kak-M bersahur di rumah mertua. Macam biasa mertua ni memang akan menghidangkan makanan penuh meja, cakap ler macam mana pun , tak makan ker, membazir kan dia tetap akan macam tu, penuh meja tak kira sahur atau berbuka. Huhu.

Jam 5, kak-M dah bangun, tolong mertua panas-panaskan apa yang patut. Memang kita tak masak fresh waktu sahur ni, kalau ada pun telur dadar jer. 

Paling mencabar ialah mengejutkan anak-anak nak bangun sahur. Kak-M kejutkan danish dulu, ishk mau 5 minit juga nak bangunkan dia, tu pon melelong-lelong jalan kedapur, kena pimpin macam orang buta tu..huah auaaa!. Daddy memang liat ler, langsung tak bangun. Kak-M kejutkan Nuha pula. Ok sekejap jer panggil nama dia dia dah bangun terus jalan ke dapur. Sampai dapur dia bertinggung depan bilik air. Aikk! apahal kan. Pastu dia bangun pergi tidur semula. Aiseyyy! tak kata apa lah sebab dia pun baru 5 tahun kan.

Melihatkan Abang Danish dok laloq jer kat meja makan. Kak-M tarik dia besuh muka, renjis-renjis muka. Danish pula tak nak makan nasi, nak milo dan roti coklat jer. Ok then milo panas memang dah ready, kak-M cuma sapukan coklat pada gardenia bread untuk Danish. Siap. 10 minit jer makan terus tidor semula. \

Kak-M pula cuma ambil kurma dah shake nutrisi secawan. Alhamdulillah cukuplah untuk bersahur hari pertama. Kak-M temanan mertua makan sambil borak borak.

you ols macam mana?

2 comments:

SABARINA said...

terbaik la,aku bangun kul 3pgi, masak nasi n lauk then 3.30 makan. Tu la dia tetiap tahun camtuh encik sepol nak bgun makan awal,pastu sambung tido la pe lagi... aku pon cam ko la makan gak nasi sikit pg tu pastu repeat minum shake jm 5 pg tadi...

Emma said...

huhuu....aku dah lepas makan shake jer, si kanak-kanak ni jer kena layan selera depa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...