Followers

Tuesday, July 17, 2012

Kedai Pak Aji

Alhamdulillah, Ahmad dah sihat, mummy pun happy. Niat hati tu nak lagi EL jer hari ni biar ahmad betul betul sihat. Tapi kan pepagi buta itu boss suka memekik-mekik panggil suruh juga attend satu seminar workshop nih. Yer lah dengan konsep kami taat dan setia, maka kak-M lantas bersiap-siap, hantar Nuha dan Ahmad ke taska dan terus ke seminar tersebut. Hari ni half day jer seminar. Patutnya dari semalam kak-M kena hadir tapi kak-M minta pelepasan sebab Ahmad tak sihat. 


Habis jer bersemianr, Kak-M terus drive ke Kedai Pak Aji. Kalau datang sini harus awal-awal sebab awal pagi lah stok ikan baru masuk, memang segar bugar lagi. Kak-M suka ke sini sebab ada jer santan, kelapa parut, daun pisang, serai, dan yang paling best Ikan Bawal Emas selalu jer ada sini. Masa dok pilih pilih ikan tu dah tergambar dalam kepala yang buat ikan bakar petang ni. Bila sampai kedai, terbelah bahagi pula. Mengingatkan Nuha kemain suka dengan ikan goreng, jadi akak nak goreng jer lah ikan. Hari ni menu biasa-biasa jer. Kak-M panaskan kari ayam semalam, Ikan goreng, dan sayur campur dan sambal belacan. Alhamdulillah rezeki hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...