Followers

Monday, July 16, 2012

Kacang Panjang Goreng Dengan Udang

Ini cerita lama sebenarnya. Kak-M terjumpa dalam folder masa dok proses pemutihan.Hehehe. Teringat menu ni kak-M sediakan untuk berbuka juga. SIkit jer pun akak masak sebab yer kan berbuka seseorang. Lagipun akak jer yang makan sayur bagai dalam rumah ini. Dan stok udang masih segar bugar maka jadilah menu sebegini.


Menu ni simple sesangat. Kalau yang kenal kak-M memang tau dah konsep kak-M yang masak campak-campak ni. Huhu. Apapun masak ni kena ikhlas dan penuh kasih sayang barulah menjadi. Jangan sesekali masak kerana terpaksa. Memang lingkup lah. 

Melihatkan pada gambar tu, dah nampak kan apa bahan yang kak-M guna. Semestinya udang. Lagi besar lagi best.hiuhihi. Kacang panjang tu potonglah seinci seinci macam tu, kak-M letak juga cili merah yang dipotong kecil kecil. Ketuk 3 biji bawang putih dan tumislah macam biasa. Udang tu masuk akhir sekali. Rasakan garam dan gulanya siap. Ha kan mudah jer. Boleh juga kalau digantikan udang tu dengan sotong. Sama jer  konsepnya. Asalkan cukup rasa, sedaplah ia.

3 comments:

Kazman / Sue said...

konsep masakan tu amat sesuai untuk bersahur laa... heee3x

SABARINA said...

menu paling mudah tak sampai seploh minit udah siap....semalam buka masak ayam masak merah utk syabeel abes licin 2 beradik makan la....sedap katanya, muhahaha, ni la cam mummy masak katanya...pandai pon mama...kombang jap idong

Emma said...

kui kui kui...kunun kunun la bodek mummy tuh....la ni makan nasi sikit2 ja, konsep ratah lauk lelebih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...