Double Sided Grill Pan

Alhamdulillah, tamat sudah puasa ke-enam yer. Sekejap jer dah nak masuk seminggu berpuasa. Masak per hari ni? Harap-harap masih semangat memasak bulan puasa ni. atau ada yang dah ketandusan idea? kak-M masih belum sekali pun ke Pasar Ramadhan. Entah ler tak berapa terasa nak membeli di sana.

Petang tadi anakanda minta nasi goreng merah. Owh! mudah saja. Memang rezeki hari ni Pak Mal datang bagi Nasi Ayam 3 bungkus. Tu la untungnya rezeki bulan Ramadhan ni, berjiran pula dengan tokeh nasi ayam. Bernasi ayam lah we all hari ni. Adinda ipar pula bawa balik murtabak. kak-M cuma bancuh teh-o' je dan suami nak teh tarik. Then cukuplah ala kadar buat berbuka hari ini.

Kalau tak kerana Pak Mal tu bagi nasi ayam, pasti sesuatu yang berlaku.Huhu. Ini kes experiment gadjet baru.Hoho! Inilah yang kak-M dok khabar satu Pekan kuah marathon cari tak jumpa. Ko tak nampak akak berlari-lari satu kedai ke satu kedai malam-malam mengejarkan pintu kedai dah nak tutup kan. Mak abah dan Nuha tunggu dalam kereta. Udah ler hujan renyai-renyai bahasa waktu tu, mau tertomoih juga kalau tak hati-hati. Ponat jer den dapek ha...satu kedai pun tarak.

Peiuk magic..ko ado?

Akhirnya balik hotel dengan penuh kekecewaan. Tak per esok masih ada beberapa jam untuk mencari. Pepagi lagi dah check-out kan, Kedai pun baru buka gamaknya. Macam kak-M antara orang yang awal jugaklah masuk. Kami pi ke Idaman Suri. Huh! berkat doa dan kesabaran, ada pula menda periuk magic neh. hahahah. senyum lebar  kak-M ( joget dora sat bila barang yang di idam udah jumpa). Harga pun memang yang kak-M expected cuma RM78 sahaja. Kak-M beli yang besar kalau yang kecil cuma RM50+ sahaja.

Masa kunjungan awal dulu dulu masa sepepu kawin bulan enam lepas memang akak dah nampak periuk ni di kedai Haji Ismail Group, harga pun lebih kurang sama jer. Kalau brand Vantage pun ada warna merah lagi. Tapi masa tu dok terasa banyak benar barang nak hangkut, dengan toto bagai, iskkk tak rela mak! Jadi tak der lah beli. Kak-M mula kenal periuk magic ni melalui Blog Che Mat Gebu di Dapur Tanpa Sempadan.


Masa balik Jitra pula nampak ada seketui periuk magic ni kat dapur, Masa tu mak sedang panggang daging.Wah!..memang menggoda lah. Tak leh tahan gini. Kebetulan nak ke Langkawi jadi memendam juga impian nak cari benda ni. Memang ada jual di supermarket tapi Brand HappyCall dengan harga RM178, tu dia, hi hi bye bye la kan. Mahai bedengung. Yang kak-M beli ni dari Idaman Suri memang lah ada cop mohor 'Idaman Suri ' lagi jangan marah..:) heee. kak-M ada gak nampak dalam katalog AVON pun reganya RM199 ko..ha tak ke melampau mahei nya. Tapikan, tatau ler bila nak jadi makanan bakar hasil dari periuk magic ini. hajat hati nak buat Ikan bakar Portugis gitu..heee. Harap-harap menjadi la yer.

Disamping tu, sempat juga aku sambar frying pan lain dua ketui. Itu lah akak kalau udah masuk department periuk belanga ni memang melekat situ berejam. Mujur ada plan nak ke hospital jadi cecepat aku memilih. Kalau tak beli rasa macam ralat jer sebab reganya memang murah kan. dah namapun pulau bebas cukai, memang bebas cukai lah, sangat murah tau. Kalau yang brand Tefal tu..iskk meroyan la melangut dalam kedai tu.


Ha..jangan tak caya akak dah guna masak kari tau.hehehhe, best la sangat, comeilah sangat, Yang kecil tu boleh panas-panas kan lauk yang kuantitinya sedikit. Tau berapa hengget? Yang kecil RM13 dan yang besar RM16 ,,heee takkan tak beli kan...Kalau dua tiga hari kat sana, mau kena beli extra beg nak isi segala periuk belanga neh..hehehehhe.


Comments

SABARINA said…
isey,aku nak kirim tefal gak la, ngan mgic pan tu, ngan kuali pemegang yg kocik2 tu, lenkali ko pegi sana kirim yer....huhuuuhuhh
emma marini said…
hahah, nanti kalau aku pi, aku bagitau yek, masa ni memang kalut, dok kejar nak visit orang sakit, curi-curi masa lari pi beli priuk..hahaha

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick