Cantiknya gigi dia

Gigi adalah sangat penting untuk manusia. Cuba bayangkan kalau kamu tak der gigi. Heeee, pasti cumel kan? Segala perkara akan rasa terbatas. Nak makan susah, nak bercakap pun susah.. Maka jadilah seperti bayi semula. Sebab tu kalau gigi rosak ada alternative lain iaitu gigi palsu yang di dicipta bagi membolehkan manusia terus mengunyah.



Mempunyai gigi palsu tak sama dengan mempunyai gigi kekal asal. Maka jagai lah gigi kita sebaiknya. Gigi melambangkan peribadi. Gigi yang cantik bakal mengundang senyuman yang menawan. Wehh kak-M dulu masa darjah 6 terpilih masuk pertandingan gigi cantik tau. Masa tu ada program yang dianjurkan oleh Kementerian kesihatan kat kampung kak-M nun jauh di utara. Kak-M dapat nombor empat sahaja. Jadilah kan.

Antara artis-artis yang punya gigi cantik menawan yang kak-M perasan ialah Erra fazira dan Fazura. Memang cantik tersusun gigi depa ni. Apa lagi kalau jadi perhatian awam macam tu, haruslah kena jaga segala kan.
 
Jadi bagaimana nak mendapatkan gigi yang cantik dan bersih. Memberus gigi dengan kuat bukanlah cara terbaik. Memberus gigi perlulah dengan cara yang betul. Pemilihan ubat gigi dan berus gigi yang baik juga penting.


Sebaiknya berus gigi boleh melalui celah celah gigi seterusnya mampu memcuci dan menanggalkan segala kotoran yang terlekat pada gigi. Kotoran yang tertinggal akan merosakan gigi lama kelamaan dan mengundang masalah mulut berbau...Eeeeee! malu kan kalau bercakap kawan kita tutup mulutnya sebab tak tahan dengan bau busuk dari nafas mulut kita....


Kak-M selamanya memang setia dengan Colgate, sedari mula kenal berus gigi, ubat gigi dan cara menggosok gigi memang kak-M guna produk dari Colgate. You ols boleh visit website Colgate di sini kalau nak tau lebih lanjut. COLGATE.



Jadi pandai-pandailah buat pilihan untuk mempunyai gigi yang cantik dan menawan. Gigi bersih, cantik dan sihat, kawan pun ramai!.

Comments

.........cP~ said…
Salam.

Saya ada complex tentang gigi saya. Sebab gigi saya tak tersusun cantik. Dulu selalu rasa rendah diri. Tapi, sekarang dah rasa okay. Comel je gigi saya. Macam artis jepun punya gigi. Kihkih.
emma marini said…
wah hebat!...artis jepun lagi tuh...

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick