Butter Prawn
Hari ni kerja habis lebih awal, jadi kak-M decide balik lebih awal. Kak-M nak singgah tesco kejap utk beli susu Ahmad. Pediasure kat tesco sekarang cuma RM63+ sahaja compared to Speedmart RM71. Banyak kan bezanya.
Bila dah sampai tesco susunya cuma tinggal perasa coklat sahaja. Perasa vanila dah habis. Kak-M hangkut lah juga sebab susunya memang nak habis sangat. Dah alang-alang sampai tesco, kak-M ronda-ronda lah kejap dalam tu. Macam-macam dalam kepala dok pikir nak beli ni. Tapi cari yang lebih penting lah dulu kan.
Masa lalu di bahagian bahan basah, ternampak pula udang-udang yang sedang besar saiznya maka terniat pula nak buat butter prawn. Kak-M malas nak masak udang sebab akhirnya kak-M sorang jek yang akan habiskan udang tu, isi rumah yang lain tak reti sangat makan udang. Maka kak-M pilih-pilih dapatlah 10 ekor. heeeee.
Suatu masa dulu kak-M pernah dah cuba resepi ni tapi telurnya tak jadi bersarang. Rupanya kalau dah tahu cara senang rupanya nak buat menu ni. Kak-M baca-baca dari blogger masakan dan terjumpa cara yang agak mudah dari Blog Kak Nor.
Tapi kak-M tak ler ikut bulat-bulat. Apa yang kak-M masak ni lebih kepada campak-campak. Kak-M tumbukkan bawang putih dua tiga biji, daun kari, kemudian ketuk cili padi 3 biji, gaulkan garam dan kunyit pada udang dan masukkan semua dalam kuali gaul sampai masak dan ketepikan.
Bila part nak mensarangkan ini kena ada skill la juga.Heee skill sangatlah kak-M ni..hahha. Untuk 8 ke 10 ekor udang ni kak-M gunakan 3 biji kuning telur. Buangkan pusatnya dan kocak dalam bekas macam nak buat telur dadar tu. Minyak dalam kuali jangan sikit sangat lebih kurang terendam telur nanti oklah. Bila minyak dah panas, masukkan telur kuning dalam acuan kuih jala tu then kiraikan dalam minyak yang panas tu sambil kacau kacau sampai dia bersarang. Akhirnya tapiskan minyak pada sarangan telur tu dan gaul semula dengan udang tadi.
Amacam, gayanya macam susah tapi bila dah cuba senarnya senang sahaja. Dua tiga kali buat pasti sempurna. Ingat lagi pertama kadi kak-M buat macam omelet jadinya hahahah. Alhamdulillah sekarang dan jadi cantik. Selamat mencuba yer.
Comments