Baju Raya? perlukah?

Hmmm dah masuk bulan Syaaban ni makanya dah dekat dengan Ramadhan. Dah masuk Ramadhan maka dekatlah kita dengan Syawal. Apa ada dengan Syawal. Hari raya lah. Aidil Fitri yang di sambut dan di raikan selurut umat Islam sedunia.

Setiap kali nak raya pasti macam-macam persediaan dilakukan. Kak-M ni biasa-biasa jer sebab kami beraya di Kampung suami di Klang nun. Jadi rumah kak-M menag tak siap apa-apa pun cuma letakkan balang kuih sejenis dua sahaja.

Yang menjadi perhatian sekarang ialah baju raya? Jakel dan Gulatis sekarang dan berlumba-lumba pasang banner. Mula dengan Pra RAmashan Sale., lepas tu jadi Ramadhan Sale, pastu Sale Aidil Fitri. Pastu sambung lagi Aidil Adha..iskkk kiranya semedang saja dia dok sale.

Apapun you olls dah tempah ker baju raya. Sekarang memang confirm la tukang jahit dah tolak tempahan kan. Mujurlah kak-M ada mak sedara tukang jahit ni. Memang ralat ler nak tolak we all punya order.Ahahahah!. Apa boleh buleh kena lah Mak Eton jahit juga kan.

Apa tema kaler korang? Akak pilih warna cokelat Kelabu. Eh cema rupanya kaler ckelat kelabu nih. HAh! Tunggu jer akak pakai hari raya nanti yer. Hehehehe. 

Masa beli kain dulu kemain, kak-M ada juga tanya tailor-tailor sekitar Shah Alam ni. Mak Ai!, Pengsan!..Sepasang baju Melayu lelaki ialah RM15O, Sepasang baju kurung wanita RM150, Sepasang baju melayu kanak-kanak RM100 dan baju budak sebesae Ahmad yang 2 tahun pun RM100. Memang mencekik darah depa ni. Penangan harga yang melampau ni sangat.

Kalau udah boleh beli yang ready made akak tak kisah sangat tapi kan akak ni saize special sikit...heheheh. Jadi tak sesuwai dengan ready made punya. Maka terpaksa juga menempah. Kali ni akak hantar 3 pasang. Huhu. macam nak raya sakan je kan.

Tapi kan biras akak yang sorang ni ada dok promo baju ready made tak dari mana dia dapat. Bila cuba eh magic bebenau, masuk pula. Ahahaha apakah aku sudah kurus.? Na mungkin, na mungkin. Baju tu rupanya potongan pesak gantung jadi dia kembang bahagian bawah. Sukanya akak! Remabt juga sepsang lagipun sebab kain jenis cotton ni memang sedap memakainya. Now ada  lagi dia dok layang-layang. Sesaja la bagi aku geram kan. Moh layan pelbagai pesen di bawah ni.





Hmmm, ini antara koleksinya lah. Kalau tak salah baju ni datangnya dri Vietnam kot. Ada manik-manik lagi. Memang lawa sangat. Mahu juga aku rembat dua tiga helai ni. Kak Long kita tu boleh dihubung di web beliau di http://akucariincomediinternet.blogspot.com/ . Hmmm siap udah tak payah pikir lagi nak hantar ke taolor mana kan. Selesai masalah.


Comments

SABARINA said…
mekasih la promote baju2 tu..kikikiki...berlambak lagi kat umah encek maizan tu hah...muntah2 dah aku tgk baju dah...ni sebab nak tolong laki meniaga la kan...modal pon takyah kuar...aku rembat jer 30helai baju sapa kenan leh terus amik, kebanyakan patern ada semua saiz xs, s, m l, dan xl...semua cotton, leh terjah fesbuk kalau suka http://www.facebook.com/media/set/?set=a.391070640954640.86345.100001551236041&type=1
emma marini said…
Hee.sebab cotton tu aku berkenan, then tak yah tunggu aunty eton jahit lagi kan..heee

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick