Followers

Thursday, June 21, 2012

Wanita dan solekan

Apa hukum wanita bersolek. Harus atau dah jatuh wajib. Tak berani juga kak-M yang baru suam-suam kuku jer ni nak hujahkan isu ini. Apa yang kak-M pasti seorang isteri harus sentiasa cantik dan berseri untuk suaminya. Maka apa pula hukum bersolek di khalayak ramai. Bersoleklah berpada-pada. Maknanya janganlah keterlaluan sehingga menjadi perhatian ramai orang terutama lelaki bukan muhrim. Kak-M pernah terlihat seorang warga emas yang solekannya sangat terang. Tidak kena dengan usianya. Jadi bersoleklah juga mengikut usia.

Kalau tanya kak-M sendiri. Kak-M ni memang tak begitu obses dengan solekan bagai. Ada pun cukup untuk mnyerikan wajah. Macam yang kak-M cerita dalam entry Simply Siti dulu, bayang-bayang jer solekan itu. Kekadang terasa sangat tidak selesa bila ramai yang dok perati muka kita.



Pernah tak you olss dengar HERMO? I' oll kan baru first time jer dengar ..heeeee. Apa yang you olls boleh dapat dari HERMO ni..? Hmmm HERMO ni adalah satu website yang menjual produk kecantikan secara online. Yang paling bagus tiada charge delivery di kenakan untuk setiap belian.



Bila kak-M browse produk yang dijual di HERMO kat SINI. Ada pula produk yang kak-M memang guna. Clinique beb! Udah ler dia less 37%, pastu tiada postage charge. Ini sudah bagus. Ini adalah set penjagaan wajah yang paling sesuai dengan kulit kak-M. Kalau beli di butiknya macam kat JUSCO ker kan, memang mahal produk ni. Weh macam-macam lagi ada. Korang tahu kan SKII, hah! ada wes, murah! murah!. Tak mo cakap panjang, jom kita terjah. Kat mana? Just klik HERMO.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...