Followers

Monday, June 11, 2012

Under Water World Langkawi

Under Water World di Langkawi ni, ibaratnya samalah konsep dengan Aquaria tu. Cuma, kat sini lebih besar dan lebih banyak species dipamerkan.

Kalau dulu kak-M masuk cuma RM12 sahaja untuk dewasa, tapi sekarang dah jadi RM28, Kanak-Kanak RM18 dan warga emas RM22. Tapi menang membayar menang melihat.hahahah.. Memang best tempat ni terutama untuk kanak-kanak.

 Under Water World ni terletak di Pantai Chenang. Yang paling best ialah di sini ada Pengguin. Heee. Mana lagi nak tengok Penguin secara life kan.

 Tatau ler menatang apa ni, macam mengkarung pun ada...

 Nuha dah mula masam, penat agaknya jalan sana sini.

 Macam biasa, Daddy maintain layan anak bongsu dia, macam-macam ragam kan.

 Hah, ini lah Penguin yang kak-M maksudkan. Ianya African penguin, Memang banyak ekor juga.


video

Ha! cer tengok kemain gembira penguin ni, Ni selepas depa di beri makan ikan sorang sekor..hahahha, terjoget-joget mak mertua akak cakap. Memang sangat aktif. Suka sangat menegoknya.

 Nanny dan Nek Zah dah penat. Rehat dulu yer makcik..hehehehhe

 Dalam ni juga ada cafeteria . Boleh lah lepak jap makan ais krim.

 Burung Kakak Tua ni, mulamula macam ok jer, lepas bersusun rakyat dok amik gambar dia dia dah mula menjerit-jerit marah.

 Hah! Nampaknya makin ramai bersusun rehat..heee jauh lagi ni nak discover aquarium ni. Takper, rekat dulu yer.

 Ikan ini mengingatkan kak-M kepada cerita NEMO

Ada juga selingan pertunjukan ular oleh professional. Dia nak cium kepala ular tu. Itu adalah ular tedung selar okay, dan masih berbisa. Masa penerangan diberi kak-M ingat dia ada cakap ular berbisa ni memang tak kan boleh dijinakkan. Ular memang peka dengan pergerakan jadi bila terjumpa ular jangan bergerak...huh boleh kah? tak cukup jalan aku lari..mueahahahahha

 Cantik sangat!

 Ikan garang, SHARK!

Owh memang indah ciptaan Allah!

2 comments:

SABARINA said...

best dpt tengok penguin tergedik2...paling lawak biler tgk parrot tu marah....taktaula dia marah org amik gambo dia ka atau gelakkan dia....garang btol

Emma said...

Dia marah kat kak Long tu.....hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...