Sihat bersama Shaklee

Sebelum apa-apa harus kak-M jelas kan bahawa ini bukan entry tajaan okeh. Tapi kalau sesapa nak tolong bayarkan pun boleh juga...heeee.

Yang ditunggu udah pon tiba. Parcel untuk supplement saya. Dah 2 hari habis asik terlupa nak order. You all amik supplement tak? I olls memang ambil tau..kikiki. 


Selepas melahirkan anak ketiga kak-M memang sangat mementingkan kesihatan. Udah umur pun dah masuk 35 tahun ketika itu kan. Doktor pakar yang menyambut anak kelahiran akak tu memang sarankan akak untuk mula mengambil supplement untuk kesihatan. Dia sarankan untuk kak-M ambil omega untuk kontrol kolestrol. Even though cholestrol level is still ok tapi dah kena mula berhati-hati dengan trend pemakanan kita yang tak menentu ini kan. Menurut doktor pakar tu Ikan keli adalah sumber protein terbaik dan kaya dengan omega. Tapi kan, mana mungkin hari hari nak pi beli makan ikan keli, lama-lama mau muntoh jugak asik dengan makanan yang sama.

Kita sedia maklum kan, kalau makan mesti lengkap segala zat jika mengikut pola pemakanan yang betul, mesti ada karbohidrat, protein, kalsium, dan serat. Malangnya memang tak pernah lengkap pun. Udah kalau hari tu kawan belanja makan pizza. atau KFC atau McDonald, lihat ler dah banyak mana kalori, lemak dan gula masuk dalam badan kita. 

Jadi kita perlukan supplement untuk melengkap nutrisi yang tidak kita dapat dari makanan harian. Walapun kita dah ambil supplement, pemakanan tetap kena jaga, kurangkan makanan berlemak, bergula dan terlebih garam. Sebaiknya jangan amalkan selalu makan di luar. Kalau sendiri masak kita boleh kawal kandungan itu dalam makanan kita. Dan paling tidak lupa sayuran dan buahan harus kena banyak.

Jangan sesekali tersilap yer, supplemet bukanlah ubat. Tidak sama sekali. Ianya hanya pelengkap kepada makanan kita. Kita perlukan vitamin untuk antibodi badan yang turut berkurangan mengikut peningkatan usia kita.

Kak-M selama ini menggunakan produk dari Shaklee. Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan produk ini. Mungkin sebab agennya yang tak pernah lekang membantu dalam pengambilan supplement ini. Paling baik ialah Ostematrik ni iaitu calcium. Jangan tunggu sakit baru nak cari supplemet, itu kira sudah terlambat. Sedang sihat ni kita dah mula kena beringat. Apapun yang kita ambil dengan rahmat dan kuasa dari Allah jua kita pohon kesembuhan dan kesihatan yang baik. Kita kan harus kena sentiasa berusaha.

Kot-kot ada sesapa yang berminat nak cuba boleh hubungi Pn. Ruby Harun di 019-5690004 atau lawati blog beliau di beautydaisy

Tapikan, kali ni ada supplementary dari Pn Ruby. terima kasih banyak banyak. Kak-M suka sangat!


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick