Senang hati

Kelmarin memang kak-M rasa tak happy sangat. Kak-M memaksa hati untuk redho juga dengan apa yang berlaku. Tapi masih tak puas hati juga, maknanya masih tak redho ler tu kan..hehehe.

Kak-M kehilangan sekeping cheque bernilai RM100 bukan checque Nuffnang tau tapi hadiah dari Royal Institute of Surveyors Malaysia dia atas hasil penulisan kak-M dalam The Malaysia Surveyors Isu 46.1. Jenuh juga lah kak-M mencari sana sini dan akhirnya tergerak hati untuk menelefon Ibu Mertua kerana kak-M yakin sangat kali terakhir kak-M nampak cheque tu ialah di rumah mertua hujung minggu lepas.

(sumber Google Image)

Memang benar cheque tu berada du rumah mertua. Malangnya Ibu Mertua dan sapu masuk tong sampah dan lori sampah pun dan hangkut. Uwaaa!. Hadoilah, agaknya memang itu bukan rezeki akak. Bisik kak-M berkali-kali dalam hati. Takper lah aku redhokan jer lah.

Dari semalam kak-M cuba menelefon pihak RISM untuk membatalkan cheque yang hilang tu dan mohon belas ihsan depa untuk isu cheque baru. Sampai petang telefon masih tak dapat bercakap terus dengan akauntan berkenaan. Tapi alhamdulillah sebelum lunch tadi, kak-M dapat cakap dengan akauntan tu. Rezeki tetap rezeki, dia suruh jer kak-M emailkan the detail dan dia akan batalkan cheque yang hilang serta tulis cheque baru untuk kak-M. Jadi hari ni kak-M senang hati..Horayyyy!

Comments

SABARINA said…
alhamdulillah...kalau ada rezeki tak kemana
emma marini said…
syukur...almaklum, ibu mertua kitakan rajin menyapu, sehari 18 kali sapu rumah..heeee

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick