Followers

Thursday, June 21, 2012

Kempen minum air kosong

Hahah, macam bagus sangat kan kempen nih. Sejak mengamalkan kempen ni, memang banyak duit dapat simpan muahhahaha!. Bukan itu maksud sebenar. Kak-M sekarang mula mengamalkan minum air kosong. Ianya sangat baik untuk kesihatan. Dalam sehari kak-M akan minum lebih kurang 3 litre air kosong.


Inilah bekas air yang kak-M bawa ke office tiap tiap hari. Ini air kosong sahaja. Kalau tengahari tu adalah ler sekali minum air manis kat restoran masa lunch.

Ketahuilah bahawa badan memerlukan air yang mencukupi agar semua organ dapat berfungsi dengan baik. Dengan mengamalkan minum air kosong ni kak-M dapat merasakan yang kak-M kurang mengantuk. Mungkin sebab otak juga menerima cecair yang cukup. Baik juga untuk buah pinggang. Kalau selalu minum manis, letih buah pinggang kena proses tapis cairan setiap masa. Setiap setengah jam, kak-M akan meneguk segelas air. Jadi mari amalkan minum air kosong.

3 comments:

SABARINA said...

yer betul bagus untuk poket anda..kalau pegi kedai aku mintak air suam menjeling tajam mamak tu kat aku...muahahahahahah

Emma said...

aisey...baik bawa jek air ....air suam pun 5 kupang tau

Kekura Baning said...

Dapatkan penapis air yang terbaik dengan harga yang berptutkan boleh membekalkan nutrisi nak mineral kepada keperluan anda.boleh Hubungi saya 01127161998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...