Followers

Saturday, June 2, 2012

Kek Kukus Buah Lembap

Lama sudah tak mem'baking'. Anak-anak sejak dua menjak ni pun dok menanya bila nak buat kek. Heee, memang depa pun boleh rasa betapa lamanya mummy tak buat kek. Heeee. Memang hari hari kak-M dok singgah  melawat blog bloger masakan, Azlita Masam Manis, CT Delima, CIk Mat Gebu...iskkk memang membuat semangat nak buat kek ni menebal tinggi. Bahan-bahan pun memang dah lama ada. Cuma mencari kesempatan jer nak memerap di dapur mem'baking'. Hari ni kak-M buat Kek Kukus Buah Lembap.


Pertama kali kak-M mencuba buat kek ni masa kak-M di Manchester dulu. Kat sana dulu memang rajin sangat buat kek sampai boleh buat jual lah kek ni semua. Resepinya pun dah tak ingat ambil dari mana. So far kalau buat kek ni memang tak mengecewakan lah.


Adunan asal kek ni memang banyak, boleh dapat 2 biji kek sebesar 8x8 inci. Jadi, mempunyai mesin pengadun berkuasa tinggi adalah sangat perlu, melainkan kalian sanggup mengadun dengan tangan..heee akak tak kuasa, tak daya nak kacau bila semua bahan dah masuk, berat weh..

Kek ni memang sangat sesuai nak buat buah tangan ke rumah kenduri atau menziarahi sedara. Akak biasanya bawa balik kampung atau potong potong bagi jiran. Hari ni kak-M potong sikit bagi guru tusyen Danish.


Secara amnya Kak-M sendiri pun memang minat dengan kek ini. Tapi kena dengan kek yang sedap lah. Ada kek kukus buah yang tak berapa sangat. Tak tahu pula mana kurangnya. Dulu mak mertua pernah beli setiap kali raya. Memang menyengat, sedap tak terkira, mula dari tu kak-M dah muka mencari resepi yang bagus untuk kek buah yang sedap. Dan akhirnya resepi ini memang kak-M simpan baik baik. Jadi meh layan resepinya

Kek Kukus Buah Lembap

Bahan-bahan:

2 1/2 ketuk butter (250g seketul) akak guna SCS butter
5 biji telur gred A
300gm gula halus
2 caman gula dihaguskan
2 sudu soda bikarbonat
1 sudu esen vanila
600 gm tepung gandung
500 gm buah campuran

Cara-cara:
Butter diadun bersama gula halus sehingga kembang. Masukan telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan buah campuran dan diputar pada kelajuan yang perlahan. Kemudian masukkan tepung gandum dan putar hingga semua bercampur. Akhirnya tuangkan gula hangus ke dalam adunan perlahan-lahan. Yang ni kena hati hati sebab gula tu panas kot ada pula yang melecur. Dan kacau biar sebati.Dan masukkan dalam acuan kek untuk dikukus selama 4 jam.


Ha tu dia periuk kukus kak-M. Kau ada? heee. Jangan lupa tutupkan tudungnya dengan kain agar titisan air tidak masuk dalam kek. Boleh juga kalau nak tutup acuan kek dengan aluminium foil. Biasanya akak buat macam tu juga tapi tadi dah habis semua aluminium tu.

Hmmm memang sarat pengukus ni, malas nak kukus banyak-banyak kali, mau 8 jam kena tunggu kan..hehehe

ok...sesapa berminat boleh jer cuba. Memang sedap, cuma akak rasa boleh jer kot kurangkan gula halus tu. Rasanya agak manis pada akak. Akak usha Che Mat Gebu punya Kek Kukus Buahan pun nampak sodap ja, nanti nak cuba dia punya version pula. Selamat mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...