Kebangkitan kedua rakyat Mesir

Macam ni lah kiranya berita protes bersih, kotor, himpunan merah, hijau, kuning dan sebagainya terpampang di muka utama akhbar dunia. Huh...tak terkata mak! Betapa rakyat sekarang berani ke hadapan demi menuntut hak masing-masing. Kak-M ni tak bijak dalam urusan politik jadi tak boleh lah nak komen lebih-lebih. Cuma kak-M sentiasa berdoa agar negara Malaysia tercinta ini akan terus kekal aman dan sejahtera.

Calon pilihan raya presiden, Hamdeen Sabahi menyertai penunjuk perasaan mengadakan protes di Dataran Tahrir pada Sabtu lalu.


KAHERAH - Kumpulan prodemokrasi kembali mengadakan protes selepas mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presidennya, Hosni Mubarak atas tuduhan membunuh lebih 900 orang penunjuk perasaan.Mereka juga berang kerana anaknya, Gamal dan Alaa didapati tidak bersalah atas tuduhan rasuah. Ekoran itu beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Dataran Tahrir dan bandar-bandar lain.Kebanyakan mereka mendakwa hukuman itu jelas menunjukkan bahawa saki-baki orang kuat Mubarak masih menguasai Mesir ketika pilihan raya presiden Mesir semakin hampir.  - Reuters

Comments

THE AUTHOR said…
tukau mana-mana pemimpin pun kalau kuasa masih jadi pegangan utama..still tak improve
emma marini said…
setujulah dgn haniff

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick