Kebangkitan kedua rakyat Mesir
Macam ni lah kiranya berita protes bersih, kotor, himpunan merah, hijau, kuning dan sebagainya terpampang di muka utama akhbar dunia. Huh...tak terkata mak! Betapa rakyat sekarang berani ke hadapan demi menuntut hak masing-masing. Kak-M ni tak bijak dalam urusan politik jadi tak boleh lah nak komen lebih-lebih. Cuma kak-M sentiasa berdoa agar negara Malaysia tercinta ini akan terus kekal aman dan sejahtera.
|
KAHERAH - Kumpulan prodemokrasi kembali mengadakan protes selepas
mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas
presidennya, Hosni Mubarak atas tuduhan membunuh lebih 900 orang
penunjuk perasaan.Mereka juga berang kerana anaknya, Gamal dan Alaa didapati tidak
bersalah atas tuduhan rasuah. Ekoran itu beribu-ribu penunjuk perasaan
membanjiri Dataran Tahrir dan bandar-bandar lain.Kebanyakan mereka mendakwa hukuman itu jelas menunjukkan bahawa
saki-baki orang kuat Mubarak masih menguasai Mesir ketika pilihan raya
presiden Mesir semakin hampir. - Reuters
Comments