Jom pi Langkawi

Rindu sangat-sangat dengan blog ni. 5 hari juga kak-M tak log in. Kemain lagi bawa Laptop, sekali broadband tertinggal pula. Hmmmm. Jalan pun tak senang sebab tak dapat nak update cerita-cerita menarik sepanjang percutian.

Cuti sekolah kali ni dapat juga merasa bawa anak-anak dan famili jalan jalan. Kali ni kami merentas laut menjejak helang..heee, Kami ke Pulau Lagenda selama 5 hari. Sebenarnya ada jemputan walimatul urus sepupu suami kak-M yang bertemu jodoh dengan orang Langkawi.

Rezeki juga sebab kak-M dapat tiket murah FireFly. Air Fair cuma RM75 pergi dan balik. Memang sangat-sangat murah. Dan tambah penerbangan untuk kami berlima beranak cuma tidak sampai pun RM400.

Anak-anaklah yang paling gembira. Tak tergambar keceriaan mereka nak naik kapal terbang. Kami bertolak Rabu, 6 June jam 10.20 pagi di Subang Airport.


Best juga dengan Firefly ni, tak der pun beratur panjang maca nak check in, dan airport pun lengang jer dan paling penting sangat dekat dengan rumah. Hanya 15 min drive sahaja.


Kakak ni memang suka sangat dok atas trolly, tak kisah ler trolly apa, trolly tesco, trolly giant mahupun trolly beg kat terminal ni, asalkan dia tak yah jalan..huhu.

 Abang paling exited, kebetulan dok kat tepi kipas engine.hmmm jenuh mymmy kena jawap soalan-soalan engineering yang mummy pun tatau cemana nak jawab..hahahhaha. cool Abang!


Mamat kenit ni pula sebenarnya kena ulser mulut, aduhh! memang sangat meragam. Yer lah sakit kan , nak minum susah, makan apatah lagi, tak selesa sepanjang masa. Jenuh daddy melayan awang ni.


Penerbangan ke Pulau Langkawi mengambil masa satu jam. Sempat ler menang satu game. Heee, Abang ni kalau dapat PSP ni kira ok lah. Kami dihidangkan dengan snek kacang dan marble cake serta jus oren. Satu lagi luggage tak kena charge tau. lain la dengan Air Asia where you need to pay for the luggage. Jadi setiap kami ada 20kg untuk luggage. Jadi jom ke Langkawi.

Hmmm by the way, you all dah tengok ker movie ni .....HERE . Khabarnya best..kalau best sangat harus juga akak tonton....

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick