Inai Dijari
Malam tadi Nuha datang suruh mummy letakkan inai di jarinya. Nuha ni memang suka sangat berinai. Bukan tu jer, kalau part melaram memang nombor satu. Asal hilang jer inai di jarinya mesti dia akan suruh letak semula. Katanya, orang pompuan kan macam ni kena cantik! Yer la tu...pandai jer menjawab anak dara nan satu ini.
Inai ni sebenarnya banyak khasiatnya. Bukan sekadar pada daun inai tapi juga pada batang dan buahnya. Bukan sekadar untuk memerahkan kulit, rambut dan kuku malah lebih dari itu. Kalau dulu kak-M cuma tahu inai ini bagus untuk luka pada kuku kerana fungsinya sebagai agen penyejuk. Tapi bila baca membaca khasiatnya lebih dari itu.
Inilah pokok inai yang sekarang ni banyak di tanam dirumah kediaman.
Dah tak perlu masuk kampung lagi nak cari pokok inai.
Khasiat inai ini sehinggalah kepada mengurangkan sakit perut, merawat masalah keputihan wanita, memanaskan badan serta menaikkan seri wajah. Kalau orang pompuan yang bersalin dalam pantang memang orang-orang tua akan carikan daun inai ini untuk direbus dan diminum dapa hari ke 42.43 dan 44 macam tu lah. Tujuannya untuk menyegarkan kembali wanita selepas melalui fasa bersalin. Bagi lelaki pula, inai ini dikatakan dapat merawat masalah sakit tuan atau masalah ejakulasi tidak terkawal.
Kalau akak, pakai setakai tiga jari jek, akak lebih suka letakkan inai macam ini.
Sejuk je rasa air inai tu meresap dalam jari jemari. Heee
Inai ini juga dikaitkan dengan kaum Inda atau masyarakat beragama Hindu. Inai ini menjadi perkara wajib dalam majlis perkahwinan sehingga timbullah isu memakai inai ini menyerupai agama Hindu. Inai juga disebut Henna bererti ubat. Ada juga sumber yang mengatakan Inai ini berasal dari India, namun ada bukti menunjukkan inai ini terlebih dahulu digunakan orang orang Mesir dalam proses pengawetan mumia.
Cantik! (sumber google)
Ha, nak sangat pakai inai, tunggu ler 30 minit lagi baru boleh basuh.
Masa akak pakaikan inai ni pada jari Nuha, hishhh memang asik dok tanya dah boleh basuh ker? Udah tadi nak pakai sangat kan. Kalau dah 3 minit jer pakai, apa kaler jer ko dapat nak. Maka kak-M tahan jker dia sampai 30 minit, sampai terlelap dia.Heeee.. Apapun hasilnya memang cantik.!
Comments
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.
Kang merajuk