A day with dentist

Salam siaran di hari Isnin. Ada ke sesapa yang dapat Monday Blues..kih kih kih. Biasa la tu, kerja tetap amanah, Isni ker, Jumaat ker harus kena selesaikan.

Kak-M hari ni santai santai je kat rumah. Anak sulong cuti sekolah sebab Israk Mikhraj. Maka kak-M dah set nak bawa dia ke dentist. Nuha pun ikut sama sebab ada gigi yang nak ditampal. Jam 9 dah sampai dentist. Selamba ja tak buat appointment kan.Hahah. Sib baik dia kata ok. Jadi lepas register terus jer masuk untuk rawatan.

Mula-mula Abang Danish dulu. Danish tahun lepas dah pernah datang sebab graham berlubang dan memang dia dah rasa sakit. But this time for scaling. Huishhh teruk sangat gigi abang ni. Masalah utama plak. Dentish cakap dah macam gigi orang tua kotorannya. Memang kak-M akui gegak gempita la dok jerit suh dia gosok gigi. Everytime tanya mesti dah gosok. Akhirnya kak-M memang ter perasan yang agak teruk keadaan gigi dia. Jadi sebelum semakin parah eloklah bawa ke dentist. Memang mengikut peraturan pun kita kena jumpa dentist sekali setiap 6 bulan kan..Heeee ko ado buat ka? Yang umor dah 30 tahun pun silap-silap sekali pon tak pernah ke dentist.Heeee.

Alkisah memang teruk la nak polish gigi abang ni, Jenuh gak dentist dok pujuk suh buka mulut. kui kui kui. Dia terasa tak selesa ada benda masuk mulut kan dan terasa nak muntah, dentist cakap mungkin sebab tu dia gosok gigi sekejap jadi banyak kontoran masih tertinggal pada gigi. Udah macam kena dera dengan tentera jepun..huhu. Satu jam jugalah nak siapkan gigi abang ni.

Nuha looks better. Tujuan asal nak tampal graham sebab mummy memang notice ada lubang agak besar. Jadi sebelum dia ngadu sakit. Bila dentist dah check giginya rupanya gigi depan bawah tu dah longgar dan gigi dah naik dari belakang, jadi doktor nasihatkan untuk cabut supaya gigi tu dapat ambil tempatnya dan tumbuh cantik. Bahagian yang paling mencabar ialah nak cucuk bius..Hadoiii jenuh dok adjust but it went good. Nuha is a good girl , senang jer dentist tampak graham dan cabut gigi depan.

Alhamdulillah everythings goes well. Mummy pun senang hati gigi anak dah cantik. Lepas ni kena ingat lah gosok gigi pagi dan malam setiap hari okay...

Comments

SABARINA said…
walawei....aku pegi masa feb tu ari terus kene cabot gigi bongsu belah atas....gi kinik kerajaan jer bayor singgit...pasni kene pegi lagi la utk cuci gigi plak kasi cantik
emma marini said…
bagus....gigi cantik, senyuman pun manis. Aku pi klinik private, buh nama Sham, nanti dia claim dgn company.heee

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick