Followers

Thursday, June 28, 2012

Bihun Goreng Buat Mertua

Punyalah lama menunggu, manalah mak mertua aku nih, tadi kata dah on the way, tapi masih juga tak sampai, Bukanlah januah sangat Klang ke Shah Alam, cuma 15 minit je pong. Sekali bila telepon tadi rupanya depa pi Kampung Raja Uda di Port Klang dulu ada urusan dengan sorang pegawai Imigresen.

Untuk malam ni kak-M masak Bihun Goreng. Kak-M masak lebih sebab mak mertua dengan kawannya nak datang. Mak Mertua kak-M tu sebenarnya nak datang ambik kunci spare rumahnya sebab kunci dia dah tertinggal kat dalam..hahaha, Macam-macam da. Jadi Kak-M kata elok jugalah goreng bihun ni boleh makan ramai-ramai. Lagipun si Nuha pun nak makan bihun juga. Tapi kan, bihun goreng kali ni agak pucat. Akak tak berani nak letak cili lebih takut kepedasan si Nuha dah tak leh makan, dah satu hal aku kena masak yang lain untuk dia. Rasanya biasa-biasa jer. Tapi oklah semua dapat makan.


Ishk! malas jer nak nulis resepi untuk menu yang tak seberapa ni kan. Jadi hangpa layan saja gambarnya ya. hihihi. Kak-M cuma letakkan sotong, ayam dan telur sebagai lauk pauknya. Oklah kan. Kenyang semua orang. Mak mertua cakap, baguih juga hang masak ni, kalau tak kami nak singgah kedai tomyam la makan malam. Alhamdulillah bihun goreng ni menjadi rezeki mereka malam ini.


3 comments:

Nana said...

Bihun goreng...Mertua saya punyer feberet nih...hehe

Emma said...

menu yang ringkas tapi sesekali boleh jadi sangat intimewa

SABARINA said...

jadi ler bihun pun sedap gak sesekali...kalau aku belasah jer apa yg org bagi huahuahua...senang gi mana2 pon boleh idop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...