Followers

Monday, June 18, 2012

Ayam Masak Merah

Agak lama kak-M tak bersiri tentang masakan. Sejak balik dari Langkawi memang tak masak langsung. Masak kat kedai je..heeee. Tapi hari ni tergerak pula nak masak. Untuk anakanda tersayang kak-M massak Ayam Masak Merah hari ni. Memang ini lauk kegeraman Danish. Kalau masak ni memang berkali kali dia dok ulang makan nasi.



Nak masak ayam merah ni memang banyak mazhab sama macam masak kari.hehehe. Kak-M biasanya akan letakkan serai dalam masakkannya untuk hasilkan bau lemon yang sedap. Kak-M biasanya menggunakan gula gerek (gula melaka/gula roda) untuk menghasilkan warna yang cantik dan kuah yang lebih berkilat, rasanya pun agak berlainan sedikit dari menggunakan gual biasa.


Kali ni masakannya kurang pedas. Sedap kata Danish. Alangkah bahagianya seorang ibu bila anak bersungguh-sungguh makan apa yang ibu masak. Sarah Nuha tak berapa sangat sebab takut pedas. Untuk Sarah Nuha ada ikan goreng. Heeee itulah lauk kegemaran Nuha. Ikan goreng cukup membolehkannya menghabiskan sepinggan nasi. Apapun jom layan recepi menu kak-M hari ini.

Ayam Masak Merah

6 ketul ayam,
10 sudu besar cili giling dimesin bersama 2 ulas bawang kecil dan sebatang serai serta 2 ulas bawang putih.
Gula Gerek separuh bulatan.
Garam secukup rasa.
3 sudu sos tomato

Cara-cara;
Ayam digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng terlebih dahulu hingga masak. Bahan-bahan yang dimesin di tumis sehingga masak dan naik bau nya. Masukkan sos toamto. Masukkan gula gerek dan garam secukup rasa. Dan akhirnya masukkan ayam yang siap di goreng ke dalam tumisan tadi dan gaul biar bersalut semuanya. Tutup api dan sedia dihidang.

2 comments:

SABARINA said...

ni feberet syabeel gak nih...mau ni mintak tapau kalau tau

Emma said...

wakakakaka, tu la.pelik la depa ni suka sangat dgn ayam merah ni.. kalau ikan merah ker sutun merah ker, depa tak mau plak yek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...