Followers

Monday, June 25, 2012

Ayam GOreng Kicap

On the way balik dari sekolah Abang, tergerak pula hati nak singgah di Kedai Pak Haji. Alah, kedai yang jual ikan, ayam basah tu. Kedai ni Franchise, memang popular serata Malaysia. Dah beroperasi di Seksyen 7 ni lebih setahun, Seingat akak masa akak melahirkan Ahmad dulu dan sekarang Ahmad pun dah nak masuk 2 tahun.

Dalam kepada dok terbayang nak masak Ayam Goreng Kicap petang ni. Dah lama yang masak menu tu. Abang pula memang setuju dengan menu tu. Jadi akak singgah ler kejap beli ayam sikit, dan serai seikat. Tetiba ada plak orang dok bakar satay depan tu..isk lama gak tak makan satay kan, teringat pula Daddy punya makan malam, Daddy tak makan sangat malam-malam jadi belilah satay tu 10 cucuk jer, 5 cucuk ayam dan 5 cucuk daging.

Berbalik kepada cerita menu ringkas kak-M petang ni, Ayam Masak Kicap ni memang laku habis. Kalau masak ni memang bersusun pinggan nasi ler dalam sinki, berebut depa dok ulang makan. Paling syiok, senang sangat nam masak ni. Jom layan menu ringkas hari ni.


Ayam Goreng Kicap.

Bahan-bahan
8 ketul ayam (saiz sedang)
bawang besar di mesin bersama 1 sudu besar cili kering
Seinci halia dan sebatang serai dititik
Bawang besar dihiris kasar bulat-bulat
Kicap Manis dan Kica Masin (serba 3 sudu besar)
Minyak untuk menumis
Setengah cawan air kosong

Cara-cara:
Ayam digaul dengan garam dan kunyit serta digoreng (jangan terlalu garing gorengannya). Tumiskan bahan yang dimesin sehingga masak cilinya. Titik halis dan serai ke dalam kuali.Kicap manis dan kicap masin  dan air kosong di masukkan bersama. Biarkan sehingga mendidih sedikit. Masukan ayam dan bawang besar serta gaul rata. Rasakan manis dan masinnya. Jika perlu masukkan sedikit garam. Biasanya masakan ini tak perlukan garam sebab rasanya akan keluar dari kicap manis dan kicap masin tu.

Selamat mencuba ya!


5 comments:

SABARINA said...

walawei,,sama plak ngan resepi makan malam tadi la....hahahahah...

Emma said...

hhahaha, gu jek paling mudah

Emma said...

ehemm Sabarina, ko kenal tak bawang tu? muahahahaha

SABARINA said...

muahahaha...dah jadi masak kicap mana nak perasan dah...kikikiki...mentang2 la kat umah stok bawang melambak aku masak pun dgn penuh semangat mengoreng bawang sakan2....nih hah balik umah mak dpt bwg lagi adik plak bg, kikikiki...rezki tgh banyak

Emma said...

Alhamdulillah, sup bawang ler nampaknya kira.kui kui kui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...