Followers

Monday, June 11, 2012

100 Tahun Nestle Disisimu

Kak-M percaya semua antara kita mesti ada menggunakan produk Nestle dalam makanan mahupun minuman kita. Ada ke yang tak pernah..heheh. ?


Sekurang-kurangnya kita minum Milo kam juga produk dari Nestle? Atau ada yang tak minum Milo? heee, Kak-M memang dari kecil dah merasa minuman Milo. Kalau Van Milo ni datang sekolah ishhh memang berebut la nak dapatkan minuman Milo percuma ni.

Anak-anak pula memang sebenarnya membesar dengan produk Nestle ni. Anak kak-M yang no.2 tu memang dulu dia minum Nespray. Hah memang suka sangat dia dengan susu formula tu. Ahmad Darwish pula tak lekang dari Nestle Cereal, Nestum tu dah memang wajib ada jer dalam rumah. Lagi pun senang sebagai makanan anak kecil untuk di bawa kemana-mana. Cuma bancuh jer dengan air suam. Tak perlu nak masak-masak.



Hah apa lagi Kit Kat pula sentiasa mengingatkan Kak-M ketika berada di UK selamat 4 tahun. Memang Kit Kat lah yang menjadi bekal kitaorang ke suniversity, melapik perut sebelum dapat menjamah hidangan nasi dirumah.

Tapi sekarang kak-M menag ketagihan Nescafe. Idak ler keterlampauan, tapi dalam seminggu tu nak kena juga hirup Nescafe, tak pun amik bau dia..memang la membeliakkan mata.Hubby pula sangat dengan minuman yogut Bliss. Ish setiap kali ke pasaraya mesti kena beli



Banyak juga cerita dan kenangan bersama Nestle ini. Kalau nak cerita panjang di sini pun tak guna juga, elok jer kita hantar ke peraduan 100 Tahun Nestle Disisimu. Memang senang jer, ceritanya cuma 100 patah perkataan , boleh kan? Dan hadiahnya memang best. Nak cuba? Jom kita ke 100 Tahun Nestle Disisimu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...