Followers

Tuesday, May 29, 2012

Tahniah Nani dan Madi

Setiap kali cuti sekolah, pasti besusun-susun jemputan kawin. Sudah adat, majlis perkahwinan memang sesuai sekali diadakan pada cuti sekolah. Anak anak cuti sekolah jadi senang mak ayah nak tavel jauh memenuhi undangan perkahwinan. Sepupu kepada suami kak-M melangsungkan perkahwinan pada Ahad lepas. Anak perempuan kedua kepada pasangan Md Zain dan Zaiton. Hrmmm pasangan Nanti dan Madi memang secocok sangat. Dapat menantiu orang pulau lah makcik kita ni.

Macam biasa setiap kali ada sedara kawin pasti kak-M akan menghadiahkan sesuatu dan biasanya kak-M akan bagi 2 pahar bunga telur. Kalau zaman dulu memang akak pakar buat nunga telur bagai, siap boleh ambil tempahan lagi, tapi sekarang kirim salam jer lah..heeee.



Kali ini elok pula akak merebus telur, cuma dua biji jer yang retak. Alhamdulillah tak banyak membazir telur rebus. Alah kalau sikit sikit tu akak letakkan juga sekali. Kalau dah berbungkustak der nampak lagi pecah pecahnya.  Dan macam biasa juga, projek mentelurkan bunga ini dilakukan pada malam sebelum kenduri tu supaya telur rebus tu dapat bertahan lebih lama. Nuha dan Danish setia menjadi pembantu Kak-M, sibuk depa nak masukkan telur juga. Exited terlebih budak dua orang ni. Mujur Ahmad Darwish belum mengeti apa apa lagi.

Inilah pembantu setia saya..heheheh

Mak mertua kak-M pun tak ketinggalan untuk menghadiahkan sekotak cup cake bunga ros. Memang sedap dan cantik. Begitulah kiranya hidup bermasyarakat. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

Ha, kan! dah cakap memang cantik sangat. Teliti betul tokey cake ni membungakan kek nya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...