Followers

Thursday, May 31, 2012

Strategic Planning Workshop, DePalma Hotel Shah Alam

Paling menggerunkan bila kena attend seminar atau bengkel macam ini ialah bila dihidangkan dengan menu sedap-sedap. Owh mak tak tahan!. Heeee, inilah masalah utama yang menakutkan, Kalau tak makan macam rugi jer, department dah bayar mahal-mahal kan. Kalau makan udah kalori menimbun-nimbun..huhuhu.


Untuk dua hari ni semua orang dalam jabatan perlu hadir. Huh, such a hectic time for us. Berkampung di DePalma Hotel ni ibarat dipenjarakan. hahahaha, bukannya apa. Jenuh dok perah otak memikirkan perancangan strategik ni. Bukan lah sesuatu yang mudah.



Sebenarnya ok juga bila staff di bawa keluar dari persekitaran kerja harian. Jadi tidaklah terlalu cramp rasa di kepala. Disebabkan bengkel yang serius ni, memang ada beberapa masa rehat diperuntukkan. DePalma Hotel menyediakan menu yang tidaklah mengecewakan, walaupun disajikan dengan biskut coklat chip yang hancur di pagi hari, ia sebenarnya sangat sedap hehehehhe, kira okey lah kan, habis sebalang kami pulun.



Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dan akhirkan dipersembahkan pada hari kedua. Masa presentation ni memang syiok. Macam-macam soalan pun ada. Jadi hilang segala kepenatan itu.



Hahahha, sempat lagi tu meraikan ulang tahun kelahiran staff...you guys memang best!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...