Silicon Baking Tray

Jangan salah paham yer, bukan silikon yang depa dok buat plastik surgery tu. Ini silikon untuk projek masak memasak. Hehe, kak-M dah guna silikon tray ni sejak kak-M menetap kat Englang selama 4 tahun dulu. Mula-mula macam tak caya jer benda ni boleh masuk oven dan tidak melebur. Tapi bila dah mula guna, wah memang berkenan sangat dengan silikon tray ni. Now bukan sekadar silikon untuk bekas kek ni jer tapi senduk dan sarung tangan pun ada dari jenis silikon ini.

Barang ni memang sangat mahal. Masa kak-M singgah di Pantry Magic di Bangsar dulu tu, harganya memang mahal, satu tu hampir RM50 tau..memang layan jer lah. Masa beli kat UK dulu boleh tahan lah satu tray kalau dah convert duit Malaysia lebih kurang RM30. Acceptable lah kiranya.


Ini koleksi yang kak-M beli masa di UK dulu, emang tahan benda ni kalau disimpan elok elok. Memang senang sangat bakar ni dalam ni, kek pun senang ditanggalkan dari tray. Kalau nak diguna sebagai acuan puding atau agar agar pun boleh saja.





Baru-baru ni kak-M jumpa silikon ni dijual pada harga yang sangat murah. Memang murah beb. Yang warna oren tu cuma RM14 dan yang warna meroon tu cuma RM16. Ha apa lagi kak-M hangkut jugalah. Ada lagi bentuk bentuk lain. Lain kali lah pula beli heeee.. Memang meroyan kejap masa tu. Pinau mata dok melihatkan bentuk-bentuk solikon tray yang pelbagai bentuk dan warna ni. Kak-M beli ni di Mr.DIY di Kompleks Harbour Place, Port Klang. Ada juga terjumpa beberapa kali dalam blog blogger masakan yang menggunakan acuan jenis ni. Dok tertanya malah depa beli sebab hasil ya memang sangat menarik. Nanti kalai dah jadi kek or puding, kita blog sini okeh.

Comments

Anonymous said…
salam..kak...nak tnya silicon baking tray ni boleh x guna utk kukus?sbb sy lbh suke kukus dri bakar.. =)
emma marini said…
boleh...kalau kukus pun boleh takder masalah...

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick