Followers

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Walaupun dah agak lewat, dah malam pun, kak-M percaya masih belum terlambat untuk kak-M sekeluarga mengucapkan selamat hari Guru buat seluruh GURU GURU di dunia ini. Terutamanya kepada guru-guru kak-M yang mendidik kak-M menjadi insan berguna. Sesungguhnya besar jasamu kepada anak bangsamu.

Anak kak-M yang sulung tu dari minggu lepas lagi dok sibuk nak belikan hadiah untuk Ustazah dia. Pasti Daddy lagi melayan anak dok print kad hari guru..heee exited sungguh nak meraikan guru mereka. Si Nuha pula sibuk suruh mummy buatkan kek untuk teacher..heheheh, rajin sangatlah mummy ni kan. Sudahnya mummy beli jer yang dah siap then tuliskan Happy Teacher's Day fr Nuha and Darwish. Wah kemain suka dia dapat bagi teacher kek.

Wahai Guru, Kau bagaikan lilin membakar diri menerangi orang lain. Selamat Hari Guru!