Sambal Tumis Udang dan Petai
Salam siaran dipagi Jumaat, penghulu segala hari. Apa khabar kalian? Kak-M sihat-sihat jer. Alhamdulillah masih lagi diberi ruang untuk bertemu Jumaat pertama di bulan Rejab ni. Lagi dua bulan jer dah nak puasa kan. Errkkk puasa ganti masih berbaki 13 hari, elok-elok lah dimulakan dari sekarang.
Hari ni kak-M nak kongsi resepi Sambal Tumis Udang dan Petai. Resepi biasa- biasa je. Sebenarnya jarang sangat nak sediakan masakan udang dalam rumah kak-M sebab hubby tak makan udang, bukan sebab alergik, memang mentaliti dari kecik tak suka udang. Mungkin tak suka bau udang kot .......akak pula pantang jumpa udang kih kih kih. Tapi dah masuk pertengahan 30an ni almaklumkan pengambilan makanan laut ni kena dikurangkan..ehem ehemmm kolestrol tu...huihhhhh bahaya dik non, perbanyakkan makan ikan, itu lebih baik.
Masa ke kedai Pak Haji minggu lepas, memang mengujakan nengok udang yang besar-besar ni. Kalau tak disambal, direndang pon sodap..heeeee. Tapi dah ada petai maka elok juga disambal tumiskan udang ini. Udang besar-besar gini kalau di pasar malam kira RM11 sekilo..memang mahal kan, akak cedok sikit jer. Tah berapa gram. Jadilah untuk beberapa orang makan.
Weh! Resepi ni memang simple. Semua orang pun pandai buat sambal tumis ni. Ini versi kak-M, bukannya expert pun tapi syiok bila dapat kongsi-kongsi dengan rakan bloggers.
Dah lama pun akak masak sambal tumis ni, tu ha dah catit kat foto 20.05.2012...hmmmm, tapi tak tersempat yang masuk entry. Okeh jom layan resepi
Sambal Tumis Udang dan Petai
Bahan-bahan
- Lebih kurang 300g Udang (ikut suka nak guna saiz kecil/besar)
- 1-3 keping petai - di kopek (kak-M beli yang dah siap kopek)
- 4-5 ulas bawang merah kecil
- 10 sudu besar cili kering mesin
- Seketul kecil belacan
- Sedikit asam jawa(akak guna asam keping jek ..heee malas nak memerah asam)
- 1 biji bawang besar (dihiris tebal)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- bawang & belacan dimesin bersama cili mesin. Tumiskan dalam minyak yang panas hingga naik wangi dan sedikit garing . Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. (Sape2 yg suka, boleh masukkan Pak Aji sikit). Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa (asam keping). Biarkan seketika sehingga petai masak. Siap!
Comments