Followers

Wednesday, May 9, 2012

Sambal tumis ikan bilis dan kacang hantu

Salam siaran, lately kureng idea nak menulis. Malam tadi balik memang super express, letak jer segala beg terus masuk dapur. Si Abang kemain bsing, Lapar! Lapar.

Macam biasa dia request Ayam Sambal Kicap. Tu la dia makanan kesukaannya. Ini menu malam kak-M, Biasa-biasa ajer.


Untuk Sarah Nuha, ikan Selar Goreng. hmmm masing masing dengan selera yang berbeza. Ikan Selar kali ni agak besar juga lah. Masa beli tu kak-M dah suruh mamat kedai tu siang dan potong dua. Nuha ni senang jer samada sup ayam or sup ikan, dan ikan goreng atau telur rebus. Pastu buh kicap, makan lalalala. Cuma jangan ada sedikit cili pun dalam pinggan dia, memang dia tak makan sampai sudah.

Sambal tumis bilis dan kacang hantu ni adalah percubaan pertama. Heee, kacang hantu atau kacang botol..errkkk hampa panggil kacang apa ?. Kak-M masak macam biasa, mula-mula buatkan sambal tumis ikan bilis tu, haruslah ikan bilis tu digoreng dulu kan. Bila dah jadi sambal baru masukkan bilis goreng dan kacang hantu tu. Ishkkk rasanya boleh tahan juga, makan dengan nasi panas, memang terbaik!.


2 comments:

Kathy Tuah said...

sy panggil kacang botol..tapi x penah lagi buat sambal ikan bilis dgn kacang botol ni..nanti leh try ^^

Emma said...

hehehe, cubalah pasti tak menyesal..sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...