Followers

Tuesday, May 29, 2012

Resepsi Nani dan Madi

Seawal pagi lagi mak mertua dan suami kak-M terus ke rumah pengantik untuk hantar bunga pahar dan cup cake yang dah siap. Sebab pagi tu juga majlis akad nikah akan dilangsungkan pada jam 9. pagi. Kak-M pula masih dirumah untuk siapkan anak-anak. Rumah pengantin dari rumah mertua kak-M dekat sangat. Kira jalan kaki lah kami anak beranak.


Alhamdulillah dengan hanya dua kali lafaz mereka sah sebagai pasangan suami isteri. Macam biasa slot ayaq mata tetap ada bila masa pengantik perempuan bersalaman dengan ibu dan bapanya. Owh sadis juga saat itu. Kak-M tak masuk dalam majlis ini. Alkamlum dok melayan Ahmad Darwish kan.



Disaat mereka melangsungkan pernikahan tu, kak-M dan anak anak dah pun berada di perkarangan majlis perkahwinan tu, dok bawah khemah jer, layan anak anak sarapan..heee mak nya pun tumpang sarapan sekali.



Ha, makan nak, kat rumah hari ni dapur tak berasap, makan semua di sini jer...

Majlis kenduri ini berjalan dengan tersusun sekali. Alhamdulillah semuanya gembira. I like!

2 comments:

Hanif Idrus said...

lawa bunga bunga tu....

Emma said...

heee... bunga buat kat kedai, bayar saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...