Perpustakaan Raja Tun Uda

Hari ni memang santai habis, seawal jam 8 pagi kami semua dah ready. Ini janji mummy nak bawa abang ke perpustakaan Raja Tun Uda. Dah seminggu abang menunggu hari ini. Daddy yang sepatutnya kena jaga Darwish pun turut serta ke sana. Kami sarapan dulu di restoran SinggahRasa di Seksyen 13, kemudian terus ke perpustakaan. Perpustakaan ini terletak berhadapan dengan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 14. Senang sangat nak cari.


Ruang kanak-kanak memang seronok. Fasiliti yang disediakan memang terbaik. Pertama kali kami mengunjungi tempat ini. Anak anak sebesar Ahmad Dariwish pun dah boleh masuk ke sini. Memang teruja melihatkan ibu bapa santai membacakan buku untuk anak anak.

 

Untuk hari Sabtu, perpustakaan ini dibuka pada jam 9.30 pagi dan tutup 6 petang. Hari ni memang tersangat ramai. Cuti mungkin jadi ramai ibu bapa habiskan masa dengan anak anak di sini. Selain dipenuhi buku buku ada juga disediakan beberapa unit koputer iMac untuk kegunaan pengujung. Cuma satu ringgit dikenakan untuk satu jam. Iskkk murah sangat kan. Kak-M nengok anak anak ni ramai dok menonton you tube citer kamen rider..hahahhaha. Kalau yang ada iPAD atau bawa Lappy boleh wifi, percuma!.


Anak dara ni memang suka buku. Asik melihat dia dok belek belek buku sana sini. Tak pernah jemu. Kalau di rumah sekalipun dia memang sentiasa dengan buku walaupun baru di tahap mengeja.


Kakak cakap tak nak pinjam lah. Kat rumah masih banyak buku yang belum habis di bawa. Jadi layan layan gambar jer di sini..hihihih


Memang luas sangat ruang kanak-kanak ni. Susunan pun bagus. Dan sudut sudut bacaan di susun begitu rapi. Memang leka sampai tak sedar dah beberapa jam di sini.


Dan akhirnya inilah buku yang abang pinjam. Masih juga dengan dinosour, hehehhe. Setiap pengunjung hanya boleh meminjam 3 buah buku sahaja untuk 3 minggu. Nak register sebagai ahli hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Dalam masa setengah jam sahaja keahlian di aktifkan. Jom ke perpustakaan. Memabaca itu amalan yang mulia!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick