Followers

Wednesday, May 23, 2012

Perginya tiada ganti....

Perginya tiada ganti

Perginya tiada ganti,
Senyumannya tiada ganti,
Selorohnya mencuit hati,
Gelak tawanya manis sekali.

Perginya tiada ganti,
Nasihatnya tak pernah berhenti,
Nanyiannya merdu sekali,
Marahnya penuh bererti.

Perginya tiada ganti,
kasih sayangnya suci murni,
pelukannya sejuk dinihari,
Celotehnya geli hati.

Perginya tiada ganti,
Doanya sentiasa dinanti,
Zikirnya tak pernah henti,
Hatinya tulus suci .


Perginya tiada ganti
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hjh Manah Sarjo
Nenda tercinta
22 Mei 2012

Doa cucunda sentiasa untukmu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...