Kedai Banjir

Kedai ni dikenali sebagai Kedai banjir..unik kan? Sebenarnya dah lama wujud kedai ni, cuma kak-M baru baru ni jer berkesempatan ke sini. Kedai ni sebenarnya menjual bawang barang daripada setor setor terbakar, atau dtimpa bencana. Barang baru cuma kualiti dah tak der sebabkan bencana seperti kebakaran atau banjir. Baru baru ni kedai ni mendapat sambutan hangat bila dia menjual produk Corelle dan Pyrex dengan harga yang sangat murah. Kak-M difahamkan Kilang Corelle di Port Klang terbakar. Wah! sampai bertroly kak Limah, kak Senoh mengangkut corelle. Mana tidaknya kalau satu mangkuk caserol dijual pada harga RM10 sahaja!. Memang berebut depa.

Terkini gudang The Store Klang pula terbakar. Kali ni kedai Banjir ni penuh pula dengan barangan Toiletries seperti shower foam, shampoo, ubat gigi, sabun basuh, pampers, food container dan sebagainya. Sekali lagi kak limah , kak Joyah tolak troly ke sini..hehhehehe




Hari ni kak-M singgah jap. Kali ni penuh pula dengan bunga-bungaan..hehehhe, hmm sesapa penggubah bunga boleh mai borong sementara stok masih ada. Tak der menda sangat . Kak-M sempat hangkut beberapa helai baju budak budak di jual separuh harga. Memang tag The Store, boleh lah buat pakai basahan hari-hari. Tokey tu cakap ada barang baru masuk, kali ni tong-tong, pampers segala, katakan esok datang lagi kakak ya ada barang lagi masuk...haiya! apa mau bikin sam itu tong tong. hehehhe, Dalam lori 3 tan tu akak nampai memang bayak bakul bakul yang bersusu, ada kuali, ada macam-macam la. Entah mana pula tempat yang terbakar.huhuhu 

Jadi sesapa yang berminat nak cari barang murah macam ni boleh ler kemari. Kedai Banjir ni beralamat di Jalan Benteng, Sungai Bertik, Klang.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick