Jom pi Jitra
Perkara yang paling menggembiarakan ialah bila dapat pulang ke Kampung laman bertemu ibu dan bapa. Sabtu Lepas kak-M dan anak-anak singgah Jitra selepas selesai aktiviti OPKIM tu. Syoknya tak terkira nuha dapat jumpa Mak Tok dan Tok Wan.
Malam tu jer dia dah ajak aunti Rina ke KFC...heheh masa dok dalam Kampung angkat dulu takder KFC. Teringin sangat lah tu. Tak lama pun cuti tapi sempat jugalah melawat Tok Diah di kampung yang sangat uzur dah keandaannya.
On the way balik ke Shah Alam kami masuk Alor Setar dulu sebab nak singgah beli buah tangan sikt untuk orang Shah Alam dan orang Kelang..heehhe, tak kemana pun cuma singgah kejap di Pekan Rabu.
Mercu tanda Aloq Setaq, teleang kepala nak amik foto ni..waakakakka
Balai Rong Seri
Masjid Jamek Aloq Setaq
Balai Seni ini menempatkan koleksi lukisan dan karja seni anak tempatan
Pekan Cina
Kalau sesapa jalan ke Aloq Setaq mesti akan singgah di Pekan Rabu. Macam macam ada..ko ada? ahahahha, Kak-M singgah pun sebab ada member pesan beli ikan pekasam. Depa ni memang ketagih makan ikan pekasam. Ada jugalah beli makanan makanan lain macam karas, cucuq peneram, kuih loyang dan dodol untuk buah tangan orang Klenag dan Shah Alam.
Tu dia ikan pekasam, puyu ada, lampan dan sepat pun ada.. pilih saja.
Ikan kering, Belacan kering semua pun ada..
Kat sini Kuah Rojak Mak Bee pun agak popular.
Murah-murah 3 saploh 3 saploh..hehehhehehe
Comments