Isnin yang murung

Hari ni kak-M jadi NUrse , dok rumah jaga orang sakit. Tak tau lah mana tak kena, habis kami anak beranak kena muntah muntah. Danish yang mula dulu sampai MC dua hari, udah ler time exam pula, mujur ustazah boleh consider buat exam hari lain untk dia sorang. Dah abang baik, Nuha pula muntah.. Dah malam daddy daddy pula siap cirit birit lagi. Malam tadi juga bawa ke klinik. 

Dr suspek gastrik, jadi bagi lah air garam buat menggantikan cecair yang banyak keluar dari badan tu, ubat sakit perut, ubat tahan muntah, ubat gastrik..tu dia, campur ubat demam lagi. Mula lah dapur mummy convert jadi pharmacy. Pagi tadi asa mandi Danish muntah pula semula..ingatkan dah baik. Ya Allah mohon doa agar kau kuatkanlah semangat anakku, sembuhkanlah dia dari sakitnya. Hari ni masih ada 3 paper. Mummy doakan agar dapat menjawab dengan baik.

Bila dah daddy MC, Nuha pun masih keletihan, Ahmad Darwish dah hantar daycare center. Maka hari ni mummy masak simple simple jer. Yang penting semua dapat makan walaupun beberapa suap. Jangan sampai perut kosong langsung.


Lama juga kak-M dah masak sayur campur ni. Lepas hantar Abang ke sekolah dan Ahmad Darwish ke daycare centre, kak-M singgah di MyMaiden. Seawal lapan lagi MyMyden ni dah buka. Hmmm menengokkan sayuran yang segar bugar maka sambarlah kobis dan carrot. Sayur lelain nampak tak best.

Singgah juga di kedai Pak Haji kat sebelah. Wah ikan ikan bari sampai. Hangkut itu ini sekali bayar RM82.oo..hah amik, membeli tak hengat ko!..tapi takpalah bukan nak habiskan semua hari ni. Silap silap mau sebulan juga stok tu.

Untuk hari ni, akak goreng sayur campur dengan sotong. Ikan selar goreg dan kari ayam.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick