Followers

Monday, April 16, 2012

Satu Murid Satu Sukan

Semenjak timbulnya tema 1 Malaysia, semua perkara pun dumulakan dengan SATU. Ahad lepas, Sekolah Integrasi Al-Syakirin seksyen 13, Shah Alam menganjurkan Karnival Sukan Tahunan. Kali ni sukan diadakan di Stadium JKR Seksyen 17 sebab Stadium Shah Alam yang biasa digunakan tu digunakankan untuk perlawanan boleh maka pihak sekolah tidak dibenarkan menggunakan stadium.

Memang meriah sukan kali ni. Temanya Satu Murid Satu Sukan. Anak kak-M masuk Sukaneka jer. Katanya Abang tak kuat lari lah mummy, jadi ustazah suruh masuk sukanika jer. Heeee, berhari hari dok practice skipping untuk sukanika tu. tak cukup di sekolah, di rumah pun kemain dia dok skipping. heeee, kelakar ker caranya. Apapun mummy sokong jer apa pun sukan yang abang masuk.


Waktu ni semua kontinjen rumah masing-masing sedang memanaskan badan untuk perarakan masuk padang. Serius jer semuanya

 Satu! Satu dua Satu!

 Baris! Betulkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn barisan.

 Perarakan masuk kontijen Rumah Merah : Saidina Abu Bakar dengan ikon labah labah

 Gerai makan pun ado.

Sapa kata pakai tudung labuh adalah penghalang kepada sukan. Depa ni semua jaguh tau!

2 comments:

Qaseeh Tolia said...

Bagus-bagus ..Moral Support.

Emma said...

hehehehe.....panas berdengung masa tu, anak punya pasal, mak bapak pun turun padang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...