Sambal Udang Kering

Sesekali terkenangkan juga zaman-zaman belajar dulu. Semuanya indah dan sesekali tersenyum sendiri mengenangkan noltalgia lama. Tamat SPM kak-M meneruskan pengajian dia Polteknik  Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah atau lebih dikenali sebagai POLIMAS. Disinilah bermulanya kehidupan kak-M berasrama. Hmmm walaupun hakikatnya jarak rumah mak ke POLIMAS hanyalah 15 minit sahaja, heeeee. Tapi disebabkan semula pelajar tahun pertama diwajibkan tinggal di asrama maka kak-M turut tergolong dalam kumpulan tersebut. Alhamdulillah macam-macam kak-M belajar disini, tentang kehidupan, tentang pergaulan, tentang agama yang juga tentang CINTA..cheee wah! cinta sudah berputik ya! ahaks!.

Kak-M bertemu sahabat sejati di sini. Kak-M tidak tinggal sebilik dengan dia cuma sekelas kerana kami mengambil bidang yang sama. Ntah macam mana kak-M agak serasi dengan dia. Orang Melaka si cantik manis ni. Setiap kali balik dari kampung mesti mak dia bekalkan Sambal Udang Kering..huu...pertama kali kak-M merasainya terus terpikat, maka memang menunggu jer dia datang dari kampung. Kekadang mak dia akan pos kan ke POLIMAS.

Sekarang kami semua dah beranak pinak. Sabahat kak-M tinggal tak jauh dalam kawasan Shah Alam juga. Jadi kenduri kendara memang kami selalu berjumpa. Bila berjumpa mesti kisah Sambal Udang Kering ni akan dibangkitkan. Mana taknya kekadang masa kat asrama kami pernah makan tengahari cuma berlaukkan sambal udang kering ni jer. heheheh.

Jadi dah jadi bini orang sekarang, haruslah awak masak sendiri kan tak usah ler nyuruh mak lagi masakkan. Rupanya tak susahpun cara nak masakknya cuma udang kering tu kena ditumbuk kasi penyek sikit..Jjangan sampai hancur pula karang jadi serunding plak..heheheh.

Sama seperti sambal kering ikan bilis , kurangkan garam kerana udang kering tu pun dah sedia masin. Gunakan asam keping agar tidak berair sangat sambal tu. Sambal kering macam ni memang tahan lama. Kalau makan saja dengan nasi panas dah cukup menyelerakan. kalau dibuat rencah goreng bersama bendi pun sedap juga. Hmmm memang kak-M buat banyak dan simpan dalam peti ais. Bila terasa nak makan boleh panaskan jer. Memang sedap.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick