Followers

Friday, April 6, 2012

Petaling Jaya

Kak-M bukan tak pernah sampai Petaling Jaya ni, cuma lama-lama sekali ke sana. Itu pun jika ada urusan tertentu dan sememangnya kak-M cuma passenger.hehehehe. Last time pegi tahun lepas sebab ada mesyuarat seminar di Board of Surveyors Malaysia.

Kali ni kak-M ke sana lagi. Memandu sendiri ke sana tau. Huh cuak akak. Betapa susahkan nak dapat parking dan akhirnya terpaksalah parking di tempat parking bertingkat atas sekali tingkat 4 tau... OWh sekali tak der lift rupanya maka menapak lah kami turun naik tangga.

Tujuan utamanya ialah nak ke local authority, rupanya dan jadi Bandaraya dah PJ ni. Now local authority di panggil MBSA.Kak-M ada urusan nak buat soal selidik dengan pengarah bahagian Kejuruteraan di MBSA.


, siap urusan di MBPJ, perut pun pandai jer mula melagukan keronocong. Masing-masing dah kelaparan. Kawan kak-M suggest untuk makan nasi kandaq special kat PJ ni. Maka mulalah pendakian ke tingkat 4 untuk naik kereta..hahahaha, tercungap-cungap akak sedut  oksigen dik nun..hadoiiii mengah!

Nasi kandaq punya pasai sanggup kak-M pusing pusing dalam bandaraya yang agak sibuk tu. Apalagi masa lunch pula tu.Memang sangatlah menduga kesabaran.


Ni dia namanya Nasi Kandaq Pulai Pinang. Punyalah panjang nak beratuq. Mujur lah ada meja yang banyak untuk kami nak makan. Kak-M amik telur ikan dan sotong tepung. Dengan campuran kuahnya yang segala jenis kari tu..Huishhh memang terbaik lah. Alhamdulillah kenyang, selamat dah tak yah pegi Penang lagi, sini pun ada..hehehhe....Jadi korang kalau datang PJ jangan lupa nasi kandaq Pulau Pinang. Nak habaq tempat pun tatau cemana, pepandai la hampa pusing pusing dalam bandaraya tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...