Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

megat@kosmo.com.my
Tun Hisan (dua dari kanan) menunjukkan wang dan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam.

Inilah yang dinamakan 'Harapkan Pegar,Pegar makan padi. Sapa nak duga, orang dibelakang kes penculikan ini ialah seorang Inspektor Polis. Hmmm kita ni dok harap polis dapat jaga kita sekali dia pula culik kita...jadi nak harapkan sapa la pula. Mungkin ini satu dalam sejuta berlaku. Apapun ianya membawa kesan yang mendalam dalam institusi kepolisan negara. Semuga ianya tidak berlaku lagi. Berita ni kak-M sedut dari KOSMO.


SHAH ALAM – Trauma seorang anak jutawan yang dikurung dalam sebuah rumah di Rawang dekat sini selepas diculik sekumpulan lelaki yang meminta wang tebusan RM1.5 juta dipercayai didalangi seorang Inspektor polis berakhir apabila dia diselamatkan kelmarin. Mangsa culik seorang lelaki berusia 34 tahun dan bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan milik bapanya diselamatkan pada pukul 6.30 pagi selepas dia diculik pada 22 Mac lalu.

Bapa mangsa yang berusia 60 tahun merupakan pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan.Mangsa semasa diselamatkan tidak mengalami kecederaan teruk. Dia yang lemah dan ketakutan dihantar keHospital Selayang untuk pemeriksaanPolis menemui semula wang tunai berjumlah RM275,850 daripada jumlah RM300,000 wang pendahuluan bayaran tebusan oleh keluarga mangsa kepada kumpulan penculik terbabitKumpulan penculik itu, meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga mangsa namun keluarga itu dibenarkan membuat bayaran secara berperingkat.Ketua Polis Selangor, Datuk TunHisan Tun Hamzah berkata, ekoran pembebasan mangsa, sembilan lelaki termasuk seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, dalam operasi sama, polis turut merampas tiga buah kereta iaitu Proton Gen 2, Proton Waja dan Honda Odyssey. Turut dirampas sebuah treler, topeng ski, telefon bimbit, iPad dan kunci kereta.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick