Cerita Abby Abadi

Ini merupakan entry kedua kak-M mengenai artis sensasi Malaysia Kak Abby Abadi. Kak-M memang suka sangat dengan lakonan kak Abby ni, tak kisah ler apa sahaja watak yang dipegangnya, pasti menarik perhatian untuk menontonnya. 

Entry terdahulu kak-M adalah berkisar kak Abby yang membuat keputusan mengerjakan umrah. Alhamdulillah kak-Abby kini dah pun selamat pulang ke tanah air terchenta!. Dari apa yang kak-M baca, kak Abby kini telah bertudung, syukur kehadrat ilahi , kak Abby di temukan hidayah di sana, Alhamdulillah. itu semua kehendak Allah. Semoga Abby Abadi yang baru ini akan bertambah tenang jiwanya.


Malam tadi kak-M sempat terjah sekejap ke Blog Abby Abadi. Rupanya teruk juga ujian yang menimpa dirinya. Lepas satu-satu dia menderita. Kak-M sungguh teruja dengan ketabahan yang ditunjukkan kak Abby. Demi mencari rezeki menyara anak-anak yang sedang membesar Abby Abadi cekal dalam usahanya. Andai betul apa yang dialami Abby Abadi ni, moga Allah Taala membalasnya. Itu lah dia manusia yang tak pernah habis dengan sikap hasad dengki. Masih ada lagi yang begitu, mudahan kita semua dapat dijauhkan kan Allah dari segala perbuatan yang tak diingini tu. InsyaAllah.

Untuk Abby Abadi. semuga kehidupan awak akan terus ceria dan barakah. Teruskan beramal.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick