Bubur Ayam
Balik dari Cambodia dia pergi ke Genting pula..huhu, maka kami sekali lagi ditinggalkan, apa boleh buat, mencari rezeki demi kebajikan anak-anak. Kak-M macam biasa, bersama anak anak santai dirumah saja, monitor Danish siapkan homework dan buat ulang kaji sikit sikit dan nonton TV jer.
Disebabkan tak ramai yang di rumah, Kak-M decide untuk masak bubur ayam jer. Sebenarnya dah lama geram dengan presentation Bubur Ayam di Blog Dapur Tanpa Sempadan. Melihatkan bahan-bahan yang saling menlengkapi heheheh jiwang plak...maka jadi lah bubur ayam menu untuk hari ini. Memang sangat mudah penyediaannya, Kak-M memang leburkan semuanya dalam Rice Cooker. Comfirm tak hangit you.. Agak-agak nak lebih berair, ko tambahkan jer air. Kak-M guna beras Jati biasa jer. Jom layan Bubur Ayam versi kak-M.
Bahan-bahannya:
1 cawan beras di basuh
3 cawan air
Ayam dipotong dadu
1 bunjut sup adabi
1 cawan mix vege
seinci halia di mayang halus
Cara-cara.
Masakkan nasi bersama 3 cawan air, halia dan sup bunjut. Setelah nasi sudah kelihatan kembang, masukan ayam yang dipotong dadu serta secawan mix vege. Rasakan dengan sedikit perasa garam. Biarkan seketika agak ayamnya masak. Jika mahu lebih berkuah boleh tambahkan air lagi. Enak dihidangkan bersama telur masin atau ikan bilis goreng atau ikan masin.
selamat mencuba
Comments