Jualan Baldi Air Meningkat Mendadak

Selepas jer berita beberapa kawasan di Selangor ini akan mengalami ganguan bekalan air, wah! kemain lagi kedai-kedai runcit menyaksikan jualan baldi meningkat secara mendadak. Hampir semua kedai kot semalam bisness jual baldi jer. hhihihi. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik. Mana tak panik, dua hari beb tak der air. Udah kalau tak der baldi, mana nak smpan air kan..Tak mandi tak per lagi, nak bersuci tu satu hal.

 Gambar dari Harian Metro

Malam tadi guru besar taska dah sms minta semua ibu bapa bawakan 10liter air untuk seorang pelajar. air simpanan di taska hanya untuk tujuan bersuci sahaja. Anak-anak tidak akan dimandikan disekolah. Woooo, nasib baik lah kak-M memang ada lebihan 2 botol 5liter air mineral baki masa kenduri Nuha dulu. Malam tadi juga adik ipar pun dah call Syabas. Katanya Seksyen 7 tak terlibat. Bagus ler gitu. Apapun paling baik sediakanlah payung sebelum hujan. Syabas juga cakap yang mereka memang telah bersedia denga lori tangki air yang akan meronda membekalkan air di kawasan-kawasan terlibat.

Comments

Kazman / Sue said…
biasa laa.... bila air tak de.... heee3x
indah.com said…
kalau anak ramai kena beli tangki air
emma marini said…
Kalau kat kawasan ni, budak budak Uitm yg pi serbu beli, botol2 kosong pun penuh depa isi ayaq standby.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick